web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lori Kelapa Sawit Terbalik, Pemandu Nyaris Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 May 2021 7:37PM

Seorang pemandu nyaris maut apabila lori yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 19 Jalan Kunak-Lahad Datu, Kunak, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUNAK- Seorang pemandu lori menempuh detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya terbabas, sebelum terbalik di Kilometer 19 Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, 36, berjaya keluar menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

Terdahulu, mangsa dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Bio TSH Jalan Tawau bagi membawa muatan tandan kosong kelapa sawit.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa mengubah haluan kenderaan ke lorong kanan bagi mengelak mendapan jalan di sebelah kiri, sebelum terbabas ke tebing jalan.

Ia susulan kegagalan lelaki berkenaan mengawal lori dipandunya apabila datang sebuah treler dari arah bertentangan yang melalui kawasan sama.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

"Setakat ini, mangsa tidak berada dibawah pengaruh alkohol ketika memandu, namun, ujian saringan akan dilakukan bagi memastikan perkara tersebut," katanya kepada Getaran. – Getaran, 6 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Lelaki Nyaris Maut, Tayar Lori Diperiksa Tiba-Tiba Meletup

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Sudahlah Lebih Muatan, Lori Pula Dipandu Laju

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Alahai, Macam Mana Boleh Kena Heret Tu

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Lori Halang Laluan Smart Lane

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia