web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penambahan 12 Lorong RFID Sudah Selesai, Lebih Awal Berbanding Perancangan Asal 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 8:49PM

Bberdasarkan perancangan asal, kerja-kerja penambahan lorong RFID dijadual siap pada pertengahan April ini, namun ia berjaya disiapkan lebih awal. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerja menambah lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sudah selesai sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja penambahan lorong itu siap lebih awal berbanding perancangan asal iaitu pertengahan April depan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pengguna jalan raya juga turut mengamalkan kaedah penggunaan RFID yang betul. 

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi

"Pada ketika ini, sebanyak 12 lorong tambahan RFID sudah mula beroperasi sejak 11 Mac lalu di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS kerana berjaya  menambah 12 lagi lorong RFID di lebuh raya kendaliannya lebih awal dari yang dijadualkan sebelum ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Alexander berkata, pihaknya telah diberi jaminan bahawa sistem RFID akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan terbaik. 

"Namun saya juga mengharapkan kerjasama daripada penggguna di lebuhraya PLUS untuk sentiasa menggunakan Lorong RFID atau mod pembayaran sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol. 

"Mereka perlu memastikan baki eWallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar," katanya. 

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kenyataan memaklumkan, penambahan lorong RFID dilakukan susulan isu aduan pengguna lebuh raya berhubung kekurangan sistem tersebut di plaza tol.

Jurucakap LLM berkata, pihaknya amat menghargai sokongan daripada syarikat konsesi dan pengguna dalam usaha meningkatkan operasi di plaza tol.

“Pengguna bagaimanapun perlu memastikan baki e-wallet untuk penggunaan lorong RFID adalah mencukupi sebelum melalui plaza tol,” katanya. - Getaran, 25 Mac 2023.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia