web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Makan Nasi Ayam Langgar SOP, Najib Dikompaun RM3,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 8:27PM

Najib Razak - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ketika menjamu selera di sebuah restoran nasi ayam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dikompaun RM3,000 manakala pengurus restoran itu pula didenda sebanyak RM10,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, Najib melakukan dua kesalahan SOP norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu gagal megimbas suhu badan dan mendaftar kehadiran ketika memasuki restoran di Bukit Bintang itu pada 6 Mei, 2021.

Pemilik restoran yang bernama Yeok Wei Hao itu pula dikompaun kerana gagal mengarahkan Najib membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar seperti ketetapan SOP PKPB.

“Semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun dalam masa terdekat. Jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM13,000,” katanya di sini hari ini.

Perlanggaran SOP menjadi isu hangat kebelakangan ini susulan tindakan beberapa selebriti yang mencabuli peraturan itu sehingga meraih kecaman ramai, termasuk di media sosial. 

Terbaru, usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa berdepan siasatan polis apabila didakwa melakukan perjalanan rentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan bagi mengunjungi sebuah kedai menjual permaidani. - Getaran, 6 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia