web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 9:07AM

Tangkap layar video media sosial menunjukkan seorang lelaki menyerang imam Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 semalam. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang ‘menyerang’ imam di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang semalam, sudah ditahan polis pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Zahari Wan Busu berkata, penahanan itu susulan pihaknya menerima satu laporan polis daripada pengurusan masjid berkenaan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, menerusi maklumat diberikan, rakaman video berdurasi 31 saat memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

“(Terdahulu) Pada 26 Mac, kira-kira jam 6.45 pagi, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan menerima maklumat daripada pihak pengurusan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan, berkenaan seorang lelaki membuat kacau ganggu kepada jemaah masjid ketika sedang menunaikan solat Subuh.

“Unit rondaan bermotosikal (URB) diarahkan ke lokasi kejadian dan menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman daripada pihak jemaah masjid.

“Seterusnya lelaki tersebut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi ujian saringan pesakit mental,” katanya menerusi kenyataan awal pagi ini.

Beliau berkata, rakaman video itu memaparkan seorang lelaki berbaju warna Ungu, berkain pelikat dan berseluar hitam meluru dari belakang jemaah terus ke arah imam yang sedang mengimamkan solat Subuh.

“Dia (lelaki) datang dari kanan dan membaling selipar ke arah imam tersebut dan hampir terkena kepala imam serta menjerit-jerit di dalam masjid.

“Imam tersebut berlari menyelamatkan diri, sehingga solat subuh terhenti. Beberapa orang jemaah mengawal dan menahan lelaki tersebut,” katanya.

Mohd Zahari berkata, tiada sebarang kecederaan dialami jemaah masjid, termasuk imam terbabit.

Katanya, suspek berumur 38 tahun itu dibawa ke Unit Rawatan Psikologi HTAA.

Pihak polis, ujarnya, sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan di Wad Dahlia HTAA bagi rawatan rapi dan didaftarkan sebagai pesakit mental.

“Pihak polis juga menasihati agar (orang ramai) menghentikan perbuatan menularkan video itu di media sosial,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut