web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siti Khadijah Apparel Santuni 100 OKU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 7:59AM

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd menyantuni 100 OKU dengan menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Dewan Rukun Tetangga Brickfields Jalan Padang Belia, Kuala Lumpur. - Gambar dari Facebook PPZ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd sebagai pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyantuni 100 Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan daripada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia.

Melalui program Ziarah Ramadan Siri Keempat itu, PPZ-MAIWP bersama Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd menyampaikan sumbangan Aildilfitri berbentuk hamper, duit raya serta juadah berbuka puasa yang keseluruhannya berjumlah RM15,000.

Sumbangan yang diagihkan di Dewan Rukun Tetangga Brickfields Jalan Padang Belia itu adalah daripada Dana Wakalah atau pengembalian semula wang zakat oleh MAIWP kepada entiti tertentu yang membayar zakat di PPZ-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman dalam kenyataan hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada kesemua enam syarikat yang telah bekerjasama dengan pihaknya dalam menyampaikan sumbangan melalui program itu sepanjang Ramadan.

“Terima kasih diucapkan kepada pihak Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd kerana setia menjadi pembayar zakat kami dan turut sudi menyantuni mereka yang memerlukan bersama kami. 

“Semoga ia menjadi contoh kepada syarikat lain untuk turut menunaikan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia