web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP 3.0, Pengusaha Restoran Rayu Ihsan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 10:31AM

Pemilik restoran memohon kerajaan memberikan kelonggaran dengan membenarkan pelanggan makan di restoran semasa tempoh PKP 3.0 ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sememangnya sudah dijangka oleh orang ramai  memandangkan kes jangkitan COVID-19 semakin menular, termasuk kemunculan beberapa kluster baharu.

Walau sudah dijangka, pengumuman kerajaan untuk melaksanakan PKP 3.0 menimbulkan reaksi berbeza, khususnya di kalangan pengusaha restoran yang sebelum ini terkesan dengan pelaksanaan dua PKP terawal.

Keputusan berkenaan meski amat difahami rasionalnya, namun mereka tetap berharap kerajaan dan pihak berkuasa sudi memberi sedikit kelonggaran dengan membenarkan pelanggan untuk makan di restoran.

Pemilik kedai makan di Kajang, Selangor, Amir Fikri, 40 berkata, larangan untuk orang ramai menjamu selera di restoran memberi impak buruk terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

Keputusan itu katanya, turut mendatangkan kerugian besar kepada golongan peniaga sepertinya, yang sedang berusaha membangun kembali perniagaan masing-masing.

“Sekiranya pelanggan tidak dibenarkan makan di kedai, maka kami akan mengalami banyak kerugian seperti yang berlaku ketika PKP pertama.

“Malah, kami juga terpaksa memberhentikan pekerja apabila mengalami kerugian lebih 80 peratus dan ia turut memberi kesan kepada kehidupan mereka," katanya kepada Getaran.

Kesukaran sama turut disuarakan pengusaha gerai makan di Cheras, Suhaila Rahim, 48, yang kini berdepan dilema berhubung pembayaran gaji pekerja apabila kerajaan membuat keputusan mendadak untuk melaksanakan PKP 3.0 tanpa sempat dia membuat sebarang persediaan.

"Ia diibaratkan hari ini nak buang air besar, esok baru cari lubang. Boleh bayangkan atau tidak bagaimana kami sebagai pengusaha rasa? Keputusan yang diumumkan kerajaan terlalu singkat sehingga kami tidak dapat memikirkan cara lain untuk pastikan sumber pendapatan tidak terjejas.

“Bayangkan, kami sudah berbelanja barang keperluan memasak untuk tempoh seminggu. Jadi bila kerajaan umumkan tidak membenarkan pelanggan makan di kedai, saya sudah bayangkan stok bekalan makanan seperti sayur, buahan buahan semua akan busuk dan tidak dapat disimpan lama,” katanya dengan nada marah.

Suhaila turut mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh membuat keputusan melulu tanpa memikirkan peniaga lain.

Katanya, tidak dapat dinafikan kes semakin meningkat dengan kemunculan pelbagai kluster baharu namun adalah tidak wajar untuk pihak berkuasa membuat keputusan mendadak seperti ini.

“Kami baru hendak bernafas apabila dan menapak semula, tiba-tiba kerajaan buat keputusan mendadak sebegini. Saya yakin ramai pengusaha gerai makanan rasa terkilan dan marah dengan keputusan tersebut.

“Saya harap kerajaan tarik semula keputusan itu, dan hanya memendekkan tempoh masa yang ditetapkan dari 10 malam kepada 8 malam. Itu pun sudah memadai buat kami,” ujarnya lagi.

Semalam, Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) merayu kerajaan membenarkan pelanggan makan di restoran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Timbalan Presiden PRIMAS, C Krishnan, dalam satu kenyataan berkata, PKP 3.0 akan menyebabkan banyak restoran terpaksa ditutup untuk selamanya.

“Pengurusan restoran juga tidak dapat memenuhi keperluan asas pekerja dan diri masing-masing,” katanya.

Pada Selasa, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 di enam daerah di Selangor bermula 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.

Bagaimanapun, semua aktiviti ekonomi masih dibenarkan di enam kawasan berkenaan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat manakala aktiviti sosial tidak dibenarkan.

Premis makanan seperti restoran, 'food truck', penjaja dan kiosk pula dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 12 tengah malam sahaja tanpa 'dine - in'.

Krishnan berkata, pengusaha restoran perlu dibenarkan beroperasi dengan menghadkan dua individu untuk satu meja serta mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Minimum dua orang satu meja sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan harian pekerja,” katanya.

“Kami mohon proses vaksinasi untuk industri perkhidmatan dan individu di kawasan terjejas dicepatkan bagi mengurangkan kadar jangkitan Covid-19,” katanya.

Apapun keputusan yang dibuat kerajaan pada ketika ini, diharapkan dapat mencari jalan penyelesaian agar semua pihak tidak terasa terbeban dan pada masa sama, membendung penularan virus maut dari Wuhan, China ini.

Semuanya perlu dilakukan dengan bijak dan berhemah seperti menarik rambut di dalam tepung, agar semua pihak yang terjejas menerima pembelaan sewajarnya. - Getaran, 7 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia