web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zunar Dipanggil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 May 2021 12:57PM

Zunar - Gambar dari Amnesty International

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kartunis kontroversi, Zunar dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap bagi membantu siasatan terhadap satira yang mengkritik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini.

Zunar, atau nama sebenarnya adalah Zulkiflee Anwar Alhaque berkata, beliau diminta untuk hadir ke IPD Padang Terap pada jam 11.

“Siasatan di bawah Akta Multimedia dan Kanun Keseksaan kerana kartun mengkritik MB (menteri besar) Kedah,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Sebelum ini, Free Malaysia Today (FMT) melaporkan Zunar disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan kesalahan.

Karikatur itu menggambarkan Muhammad Sanusi dengan sebilah pisau potong daging memotong di tengah-tengah sebuah meja bulat, mengejutkan rakyat pelbagai kaum di sekitarnya.

Perkataan “Tiada cuti Thaipusam” tertera di permukaan pisau itu, dengan keterangan ringkas: “Orang Kedah hidup aman damai sebelum dia ni mai.”

Pada 25 Januari lalu, pembantu khas kanan Muhammad Sanusi, yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah, Nurul Amin Hamid membuat laporan polis terhadap Zunar, mendakwa kartun itu memfitnah Sanusi berhubung keputusan membatalkan cuti peristiwa bagi Thaipusam tahun ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Getaran, 7 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia