web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas 97 Tahun Penerima Tertua Vaksin Di Belaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 8:18PM

Bawang Lusang dari Belaga menjadi individu tertua menerima vaksin COVID-19. - Gambar dari Twitter KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas berusia 97 tahun menjadi individu tertua menerima vaksin dos pertama di Klinik Kesihatan Belaga, Sarawak, hari ini.

Keberanian Bawang Lusang yang berasal dari Rumah Aging, Long Daah, Belaga, untuk menjadi penerima vaksin itu mendapat perhatian, apabila hadir dengan berkerusi roda.

Menurut laman Facebook Pusat Maklumat Rakyat Belaga, semangat dan keberanian Bawang Lusang wajar dicontohi dalam usaha menyahut seruan kerajaan untuk program vaksinasi sekali gus mengekang COVID-19.

“Bawang Lusang wajar dijadikan contoh dan tauladan, untuk menyedarkan orang ramai terhadap kepentingan vaksin COVID-19.

“Jika beliau sendiri bersedia mengambil suntikan, mengapa pula ada orang sengaja mahu menolak dari menjaga serta melindungi diri sendiri,” kata hantaran itu. 

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus giat dijalankan, termasuk dengan membuat pendaftaran terbuka kepada individu yang berminat memperoleh suntikan vaksin AstraZeneca.

Fasa pertama suntikan AstraZeneca diadakan di Selangor dan Kuala Lumpur, membabitkan 268,000 penerima, bermula dua hari lalu. - Getaran, 7 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia