web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hari Terakhir Bazar Ramadan, Peniaga Pasrah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 8:35PM

Ini merupakan hari terakhir bazar Ramadan beroperasi di kawasan yang terlibat dengan PKP di Selangor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pasrah dengan arahan penutupan perniagaan Bazar Ramadan yang bermula esok susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini yang juga meliputi enam daerah lain di Selangor.

Tinjauan Bernama mendapati masih ramai pengunjung hadir dan beratur panjang untuk membeli juadah berbuka puasa di kompleks tersebut dengan kebanyakan peniaga telah merancang untuk menjual barangan harga juadah makanan mereka dengan harga lelong kira-kira 10 minit sebelum masuk waktu maghrib dan kemudiannya menyedekahkan baki jualan makanan. 

Seorang peniaga Harziani Samani, 35, yang menjual nasi tomato ayam percik berkata harga biasa sebungkus adalah RM7 dan jika dilelong ia berharga RM5 sepeket dan tidak mengenakan bayaran bagi nasi tomato.

“Kami berasa sedih sebab tidak dapat meniaga sampai hujung Ramadan namun bersyukur kerana penjualan kami agak memberangsangkan berbanding peniaga yang lain yang setakat ini ada yang belum mendapat balik modal perniagaan mereka,” katanya kepada Bernama.

Seorang peniaga ayam bakar perap, Harris Baharom, 45, beliau berkata dia pada mulanya tidak bersetuju dengan pelaksanaan semula PKP namun selepas melihat angka kes jangkitan harian COVID-19 yang semakin tinggi, bagi beliau adalah lebih baik mencegah daripada merawat.

“Ramai tidak ikut  prosedur operasi standard (SOP), kadang-kadang beratur pun tidak ada jarak, maka lebih elok batalkan Bazar Ramadan,” katanya.

“Lepas ini perancangan saya hanya akan duduk di rumah lepas Bazar Ramadan ditutup, Hari Raya pun tidak dapat ke mana-mana kerana PKP, tetapi tidak mengapa Hari Raya jika tidak begitu meriah selama satu atau dua tahun, sekurang-kurangnya tidak teruk seperti di India.. masih bersyukur,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia