web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Lebih 4,000, COVID-19 Semakin Mengancam Komuniti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 May 2021 8:12AM

Sebahagian daripada warga emas menunggu untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya, baru-baru ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penularan koronavirus maut COVID-19 yang semakin mengancam komuniti dengan ledakan kes harian baharu mutakhir ini sehingga melebihi empat ribu kes, meletakkan Malaysia kembali dalam keadaan ‘genting’.

Dengan kes harian baharu sebanyak 4,498 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 12 tengah hari ini (Jumaat 7 Mei), jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 melonjak kepada 34,789 kes.

Jumlah kes kumulatif pula sudah melepas paras 430 ribu iaitu 432,425 kes.

Selangor berterusan sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (1 Mei hingga 7 Mei 2021) menyumbang jumlah kes harian terbanyak. Semalam, Selangor mencatat 1,424 kes, diikuti Sarawak 750 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 436 kes.

Kes harian baharu melebihi tiga ribu dicatat pada 6 Mei (3,551), 5 Mei (3,744 kes), 4 Mei (3,120 kes) dan 2 Mei (3,418 kes).

Laporan harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia, turut menunjukkan semakin banyak kluster baharu dikesan.

Pada Jumaat sebanyak 19 buah kluster baharu dilaporkan dengan kluster tempat kerja 10 kes, kluster komuniti empat (4) kes, kluster keagamaan tiga (3) kes dan dua kluster pendidikan.

Pada Rabu 5 Mei 2021 sahaja, sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan dengan lapan (8) kluster tempat kerja, enam (6) kluster komuniti, empat (4) kluster pendidikan dan dua (2) kluster keagamaan.

Setakat 7 Mei 2021, masih terdapat 425 kluster yang masih aktif dan 102 kluster menambah kes baharu.

Jumlah kes pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi turut kritikal dan setakat hari ini 7 Mei, Dr Noor Hisham dalam paparan Fb peribadi beliau hari ini menyatakan, negara merekodkan kemasukan sebanyak 506 kes ke ICU, iaitu jumlah yang tertinggi semenjak pandemik ini bermula. Sebanyak 295 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Menurut beliau, kemasukan kes kritikal ke ICU meningkat sebanyak 44 peratus berbanding tempoh dua minggu yang lepas di seluruh negara dan beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak menunjukkan kadar peningkatan yang lebih tinggi.

Sebanyak 22 hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil ICU COVID-19 melebihi 70 peratus dan ada yang mencecah lebih 90 peratus. Beberapa hospital bukan COVID-19 juga terpaksa merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan alat pernafasan kerana pesakit ini tidak dapat dipindahkan ke hospital COVID-19 akibat kesesakan ICU. Ada juga pesakit yang terpaksa diberi bantuan alat pernafasan di wad-wad biasa.

Ledakan kes harian baharu yang bagaimanapun tidak dikaitkan sebagai 'Gelombang Keempat’, membuatkan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri/daerah.

Pada 4 Mei, PKP diisytiharkan untuk enam (6) daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Klang, Petaling, Kuala Langat, Gombak dan Sepang, berkuatkuasa dari 6 Mei hingga 17 Mei 2021.

PKP turut diisytiharkan untuk tempoh 7 Mei hingga 20 Mei 2021, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi, Johor;  Mukim Taiping, Daerah Larut Matang dan Selama, Perak; di 14 mukim dalam daerah Besut (kecuali Mukim Hulu Besut), Terengganu.

Malaysia turut menyekat kemasukan pengembara dari Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan ia sebagai susulan tambahan sekatan penerbangan dari dan ke India, berikutan kebimbangan penularan COVID-19.

Malaysia mencatat kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India dengan mutasi berganda dikenali sebagai B.1.617.1. Mengumumkan perkara ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata di samping itu, negara juga mengesan sebanyak 48 kes varian Afrika Selatan, B.1.351, UK B.1.1.7 (8 kes), dan varian Nigeria B. 1.525 (2 kes).

Malaysia pernah mencatat kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 melepasi angka 50 ribu pada Gelombang Ketiga COVID-19 iaitu sebanyak 50,894 kes pada 6 Februari 2021.

Setakat ini, di bawah Gelombang Ketiga Malaysia hanya sekali mencatat kes harian baharu tiga angka iaitu pada 29 Mac 2021, sebanyak 941 kes. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia