web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


68 Saman Dikeluar, 12 Motosikal Disita Dalam Operasi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2023 5:11PM

12 motosikal telah disita dalam Op Motosikal yang diadakan di Kuala Krau, semalam. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEMERLOH - Sebanyak 68 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi pelaksanaan Op Motosikal di Kuala Krau, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, operasi berkenaan turut membawa kepada penyitaan 12 motosikal.

Menurut beliau, kesemua motosikal terbabit disita kerana struktur kenderaan yang telah diubah suai pada bahagian ekzos.

“Op Motosikal itu dijalankan kerana terdapat aduan orang awam mengenai aktiviti sekumpulan remaja yang membuat bising pada waktu malam di kawasan terbabit,” katanya.

Mohd Azhar berkata, operasi dijalankan bermula jam 1.30 pagi.

"Hasil daripada pemantauan, tindakan telah diambil dan sekumpulan remaja berusia di antara 16 sehingga 19 tahun, terdiri daripada penunggang dan pembonceng ditahan.

“Kesemua tindakan tersebut diambil mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan ubahsuai pelbagai komponen kenderaan," katanya.

Jelas beliau, operasi itu akan dijalankan secara berterusan, dan pihak polis juga telah mengenal pasti beberapa lagi kawasan yang menjadi tumpuan penunggang motosikal pada waktu malam.

"Orang ramai, terutamanya ibu bapa dinasihatkan supaya memantau aktiviti anak-anak.

“Ini perlu dilakukan supaya tiada anak-anak terlibat dalam sebarang salah laku jenayah dan samseng jalan," katanya. - Getaran, 3 April 2023.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia