web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penipuan Pelaburan Skim Saham, MHO Hantar Laporan Aduan Ke SC Esok

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2023 5:44PM

Hishamuddin Hashim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu laporan akan diserahkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) esok.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, laporan berkenaan berkaitan penipuan pelaburan skim saham membabitkan anggaran kerugian sehingga RM56 juta.

Serentak dengan itu jelas beliau, SC digesa melaksanakan siasatan terperinci berhubung kes berkenaan.

“MHO kesal kerana banyak jumlah aduan sudah diterima, sekali gus membuktikan skim pelaburan dilaksanakan syarikat itu sedang menghadapi masalah sehingga menyebabkan kerugian kepada mangsa.

“Pengadu memaklumkan bahawa mereka telah diperkenalkan dengan beberapa jenis tawaran pelaburan seperti Islamic Redeemeble Share (RPS-i dan/ atau saham khas boleh tebus), pelaburan melalui tabung amanah, pelaburan pembelian saham, pelaburan melalui short term note, dan juga penerbitan Sukuk,” katanya menerusi kenyataan diterima Getaran hari ini.

Jelas Hishamuddin, masalah mulai timbul apabila mangsa tidak lagi menerima bayaran dividen atau keuntungan seperti yang telah dijanjikan. 

“Lebih menyedihkan lagi apabila wang pelaburan yang dilabur oleh mangsa tidak dipulangkan semula oleh syarikat yang mengambil wang pelabur,” katanya.

Beliau memberitahu, laporan tersebut akan diserahkan pada jam 3 petang esok, dengan diketuai mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

“MHO berjaya mendapatkan kerjasama daripada kira-kira 400 mangsa skim penipuan pelaburan tersebut agar permasalahan itu dapat diselesaikan serta diambil tindakan sebaiknya oleh pihak berwajib.

Dalam pada itu, Hishamuddin menggesa semua mangsa supaya tidak takut untuk membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa agar siasatan terhadap ejen yang telah direman serta pembekuan akaun bank syarikat itu dapat dilaksanakan.

“Kegagalan melaporkan kejadian ini adalah satu jenayah di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan.

"Jika tidak dilaporkan, tertuduh bagi mana-mana kes sindiket atau penipuan akan dibebaskan (kekurangan bukti dan saksi) dan denda yang dikenakan tidak setimpal,” katanya. - Getaran, 3 April 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia