web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Premis Tersenarai Dalam HIDE Diarah Tutup 3 Hari Serta Merta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 9:11PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Premis termasuk Bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes COVID-19, akan diarahkan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis akan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Pihak Berkuasa Tempatan.

“Kerajaan juga ingin memaklumkan, semua Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup bermula Isnin ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan, bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan COVID-19, dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.

Terdahulu, kerajaan telah menerbitkan senarai HIDE pertama premis perniagaan yang dikenal pasti sebagai titik panas COVID-19, yang berpotensi mendatangkan risiko penularan wabak tersebut.

Dalam perkembangan lain Ismail Sabri berkata, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran polis tidak dibenarkan berkuatkuasa Isnin ini (10 Mei) hingga 6 Jun di seluruh negara.

Semua aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan, atau kesesakan awam serta aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan dan swasta di seluruh negara, juga tidak dibenarkan bagi tempoh sama.

“Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter yang dijalankan di kawasan terbuka dibenarkan bagi tujuan kesihatan.

“Pada ketika ini, kerajaan sentiasa meneliti prosdur operasi standard (SOP) dan sekiranya berlaku pertambahan kes harian, maka kerajaan akan mendapatkan nasihat dan juga penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan SOP itu diperketatkan,” katanya.

Berhubung tangkapan ingkar SOP, Ismail Sabri memaklumkan seramai 332 individu ditahan atas kesalahan tersebut semalam dan daripada jumlah itu, seramai 331 individu dikompaun manakala seorang lagi direman. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia