web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembaziran Ketika Ramadan: Hitung Perbelanjaan, Jika Terlebih Beli Makanan Pastikan…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 10:03AM

Orang ramai sendiri perlu turut menjalankan tanggungjawab kendiri dengan berbelanja secara berhemah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Saban tahun, pembaziran makanan sepanjang Ramadan menjadi topik ‘hangat’ diperkatakan dengan jumlahnya didakwa berkali ganda lebih banyak berbanding bulan atau hari lain.

Ia sekali gus membangkitkan persoalan apakah lagi cara harus dilakukan dan siapa perlu memainkan peranan, memandangkan pelbagai nasihat serta kempen kesedaran untuk mengelakkan pembaziran makanan semasa Ramadan sudah diberi dan dilaksanakan banyak pihak, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, bagi mencapai sasaran menggalakkan masyarakat tidak ‘rambang mata’ dan membazir ketika membeli makanan, terutama juadah iftar, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, orang ramai sendiri perlu turut menjalankan tanggungjawab kendiri dengan berbelanja secara berhemah.

Katanya, orang ramai perlu menghitung harga makanan akan dibeli atau sudah dijinjit di tangan bagi mengelakkan mereka membeli berlebihan, sehingga mengakibatkan pembaziran.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, ketika membeli, mungkin adakala berlaku pembaziran apabila mahu memenuhi citarasa setiap ahli keluarga, selain mempunyai niat bersedekah kepada sanak saudara atau jiran terdekat.

Sekiranya berlaku situasi terlebih belanja, katanya, umat Islam dinasihatkan untuk menderma makanan itu sebelum waktu berbuka puasa kepada masjid, surau atau golongan tidak berkemampuan.

“Pembaziran itu dilihat mungkin berlaku tanpa sedar kerana mereka mahu membeli makanan untuk keluarga atau rakan. Namun untuk mengatasinya, sedekahkan makanan kepada masjid, surau atau rumah anak yatim yang boleh dinikmati selepas solat tarawih. 

“Kebanyakan orang kita suka membeli berlebihan kerana niat untuk bersedekah. Justeru, saya mencadangkan agar masyarakat dapat menghitung harga makanan dibeli sebagai langkah penjimatan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Abdul Rahman berkata, Ramadan adalah bulan bagi umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan meningkatkan amalan yang mendatangkan pahala, justeru ia tidak sepatutnya dicemari dengan perbuatan membazir.

Menurutnya, membeli makanan secara berlebihan juga boleh memberi kesan kepada ibadat pada bulan mulia berkenaan.  

Pembaziran, ujarnya, dilarang Islam kerana ia adalah ‘saudara syaitan’, sebagaimana terkandung dalam Al-Quran.

“Namun kita maklum, kadang-kadang kemungkinan mereka yang dilihat membazir tidak dapat menjangkakan makanan mereka cukup atau tidak untuk dinikmati ketika berbuka puasa.

“Kadang-kadang kita terlalu mengikut nafsu ketika membeli juadah makanan, walaupun sebenarnya ketika berbuka puasa, minum seteguk air dengan kurma sudah boleh buat kita kenyang dan tidak berselera besar untuk menikmati semua hidangan dibeli tadi. Saya rasa itu pembaziran yang sering berlaku dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan berlaku pembaziran di Selangor apabila sekitar 1,326.06 tan makanan terbuang dalam tempoh 18 hari masyarakat berpuasa.

Jika digambarkan, jumlah pembaziran makanan berkenaan bersamaan dengan berat 195 ekor gajah dewasa.

Manakala, Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, secara puratanya, peniaga bazar Ramadan di Selangor turut terbabit dengan pembuangan sisa bahan makanan di negeri berkenaan kerana tidak habis dijual, dengan membabitkan enam jajahan PBT dan berat 73.67 tan sehari.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader menggalakkan umat Islam berbuka puasa di rumah bersama ahli keluarga, berbanding iftar di premis perniagaan bagi mengelakkan pembaziran.

Jelasnya, iftar sepatutnya lebih afdal dilakukan di rumah bersama ahli keluarga atau di masjid dalam suasana kerohanian, namun apa dilihat adalah ia seolah-olah bertukar kepada ‘pesta makan dengan 100 jenis hidangan’ di hotel dan restoran yang menyumbang kepada pembaziran makanan melampau.

“Sejak 11 tahun lalu, kami melancarkan kempen menentang pembaziran di bulan puasa, dengan kebanyakkan sikap ini dilakukan golongan elit Muslim. Ia amat menyedihkan kerana terdapat berjuta orang tidak mempunyai makanan, tempat berteduh, pendidikan dan penjagaan kesihatan mencukupi.

“Ramadan sepatutnya menjadi tempoh menggalakkan amal ibadat umat Islam, tetapi bagi sesetengah orang, ia dianggap bulan menjamu selera selain membazir ketika berbelanja. Islam menyuruh umatnya mengelakkan sikap rakus, membazir dan boros,” katanya.

Mohideen berkata, membuang makanan adalah berdosa termasuk di bulan Ramadan, selain tidak selaras tujuan sebenar berpuasa.

“Satu daripada tujuan berpuasa ialah merasakan kelaparan dialami golongan miskin dan terpinggir agar mempunyai sikap empati kepada mereka.

“Berjuta orang di Syria, Yaman, Iraq, Palestin, Myanmar, India, Ethiopia, Sudan Selatan, Pakistan dan Afghanistan sedang berhadapan kebuluran, malangnya kita membuang begitu banyak makanan pada bulan suci ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, lebih membimbangkan, budaya makan dan minum dengan banyak di bulan Ramadan, mendorong kepada berlakunya situasi segelintir individu mengabaikan kewajipan solat yang kerap berlaku.

Ujarnya, kerakusan menikmati makanan juga boleh memberikan kesan sampingan kesihatan yang serius, seperti diabetes, penyakit koronari dan tekanan darah tinggi.

Masyarakat, katanya, harus ingat, pelbagai jenis dan jumlah makanan berlebihan yang disediakan untuk iftar serta sahur boleh membawa kepada pembaziran.

“Berbuka puasa di hotel atau restoran pula kini, bertukar menjadi sumber keuntungan bagi perniagaan. Justeru, sekali lagi ingin ditegaskan, pilih berbuka puasa di rumah bersama ahli keluarga dan masjid atau surau dengan juadah memadai adalah pilihan lebih baik.

“Boleh juga jemput jiran Islam dan bukan Islam anda untuk berbuka puasa bersama. Dengan cara ini kita dapat membina hubungan baik dan persefahaman lebih kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya. - Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia