web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Tanah Putih Baru Diminta Tampil Buat Saringan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 11:17PM

Penduduk di Taman Batu Putih, di Kuantan diminta membuat calitan untuk ujian COVID-19 pada Isnin ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN: Polis meminta jasa baik penduduk Tanah Putih Baru dekat sini, yang meninggalkan kawasan itu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Rabu lalu, untuk tampil membuat calitan yang dijadualkan Isnin ini. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ujian calitan itu akan dilakukan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, dekat sini. 

"Bagaimanapun, bagi penduduk yang keluar sebelum tarikh itu dan mempunyai gejala (COVID-19), mereka perlu segera ke klinik kesihatan berdekatan bagi menjalani ujian calitan. 

"Perkara ini sangat penting memandangkan Kluster Tanah Putih Baru amat cepat merebak dan setakat hari ini, sudah ada 57 dikesan positif COVID-19 selain dua kes kematian membabitkan warga emas berusia 69 dan 88 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemantauan di taman perumahan berkenaan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Noor berkata, polis mendapat maklumat terdapat antara 100 hingga 200 penduduk yang keluar dari kawasan itu sebelum PKPD dikuatkuasakan di situ. 
 
"Kita ada buat tinjauan sebelum PKPD dilaksanakan tapi bila periksa semula, ada rumah yang sebelum ini ada orang, sudah tidak berpenghuni. 

"Jadi kita minta sangatlah kerjasama mana-mana pihak yang terbabit itu buatlah ujian (calitan) bagi mengesan dan memutuskan rantaian wabak ini di daerah Kuantan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, walaupun PKPD dilaksanakan, operasi perniagaan tetap dibenarkan dengan syarat perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Saya dapati ada kedai yang tutup. Sebenarnya kita benarkan berniaga termasuk kedai menjual makanan, tetapi hanya untuk dibungkus dan mengikut masa ditetapkan selain hanya untuk dijual kepada penduduk kawasan ini sahaja," katanya.  - Getaran, 8 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia