web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Setiausaha Politik Didakwa Terima Suapan Lebih RM400,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 2:16PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM408,736 pada 2017 dan 2018.

Datuk Rosli Hasan, 52, dituduh menerima suapan itu antara Mei 2017 hingga Februari 2018 dalam bentuk pengubahsuaian rumah milik isterinya di Jalan Pokok Mangga 61, Taman Pokok Mangga bernilai RM323,736.

Beliau juga berdepan 11 pertuduhan secara rasuah menerima suapan wang berjumlah RM85,000 melalui bayaran kad kredit antara Mei 2017 hingga 19 Okt 2017.

Kedua-dua suapan itu sebagai upah bagi membantu sebuah syarikat untuk dilantik sebagai kontraktor bagi projek mereka bentuk, membina dan menyiapkan sebuah masjid, dewan serba guna, tiga lot kedai dan rumah sampah secara reka dan bina di atas sebahagian tanah di Lot 341 dan Lot 345, Mukim Bachang, bernilai RM5.28 juta.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Irwan Shah Abdul Samad menawarkan jaminan sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor diri ke pejabat SPRM sekali sebulan.

Bagaimanapun peguam Azrul Zulkifli Stork memohon agar jaminan RM30,000 dijadikan bercagar dan RM50,000 tidak bercagar memandangkan tertuduh tidak lagi bekerja dan hanya mengharapkan pencen sebanyak RM2,018 sebulan selain terpaksa menanggung dua isteri dan lapan anak.

Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan permohonan Azrul dengan mengenakan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan dan menetapkan 16 Mei untuk sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

2

Semasa 2 hari yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Rasuah Projek Lebuh Raya: Seorang Lagi Ditahan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Genting Highlands: Pemandu Bas Tiada Lesen Mengaku Tak Bersalah

Semasa 16 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar