web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Awie Akan Dipanggil Polis Melaka Bantu Siasatan Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 2:23PM

Awie dilihat menyanyi beramai-ramai dalam satu majlis di sebuah hotel tanpa mematuhi SOP. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Melaka akan memanggil beberapa individu, termasuk selebriti yang juga penyanyi rock Datuk Ahmad Azhar Othman, atau dikenali ramai sebagai Awie, bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengambil bahagian dalam satu program misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah di sini baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata penganjur program berkenaan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No 3) 2021.

“Polis Melaka menerima satu laporan kira-kira pukul 12.43 tengah malam tadi berhubung satu klip video yang telah tular di media sosial berdurasi 42 saat memaparkan Datuk Awie dan beberapa individu lain, dilihat melanggar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel.

“Justeru semua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil dalam masa terdekat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan dan siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera sebelum dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memohon agar individu yang terlibat atau mempunyai maklumat berkaitan persembahan itu untuk hadir bagi membantu siasatan.

Dalam video tular berkenaan, Awie dilihat menyanyi beramai-ramai dipercayai dalam satu majlis di sebuah hotel tanpa mematuhi SOP, termasuk tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakan fizikal, dan difahamkan majlis itu merupakan sebahagian daripada sebuah Program ‘Misi Kemanusiaan’ Jumaat lepas. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia