web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


9 Pusat Beli Belah Johor Ditutup Kerana HIDE

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 5:54PM

R Vidyananthan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas terus diambil oleh pusat beli belah di Johor yang tersenarai dalam Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), selepas diarah menutup operasi masing-masing selama tiga hari berkuatkuasa semalam.

Terbaru, sembilan premis di negeri ini yang tersenarai turut mengambil tindakan sama sebagai mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan persekutuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan penilaian risiko dan menutup sementara lokaliti disenaraikan selama tiga hari. 

“Semalam, satu sistem amaran awal iaitu HIDE yang dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan KKM sudah mengesan lokaliti yang merekodkan penularan kes. 

“Sebagai mematuhi arahan dikeluarkan semalam, semua sembilan premis ini ditutup buat sementara,” katanya hari ini.

Beliau berkata, aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis itu akan dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Semua sembilan premis berkenaan ialah Aeon Mall Bukit Indah, Econsave Yong Peng, Giant Hypermarket Plentong, Giant Hypermarket Tampoi, Johor Bahru City Square Mall, Johor Premium Outlets, KSL City, Pasaraya Pandan dan The Mall Mid Valley Southkey. 

Daripada sembilan premis berkenaan, enam daripadanya adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). 

Datuk Bandar MBJB, Datuk Adib Azhari Daud berkata, buat masa ini, Jabatan Penguatkuasaan MBJB akan melakukan pemantauan bagi memastikan premis disenaraikan ditutup, memandangkan notis penutupan sudah dikeluarkan.

“Pihak pengurusan juga diingatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan dengan menjalankan kerja-kerja sanitasi di bangunan dan tempat tumpuan awam, memeriksa status risiko daftar masuk MySejahtera, menghalang kemasukan individu berisiko tinggi, melakukan ujian saringan COVID-19 ke atas pekerja dan memperketat kawalan pergerakan orang ramai,” katanya. 

Beliau berkata, pemakluman dan arahan penutupan akan dikeluarkan dari masa ke semasa dan akan dipinda jika terdapat arahan selanjutnya dari pihak kerajaan negeri atau KKM. 

Penutupan premis disenaraikan di bawah HIDE bermula hari ini hingga Selasa nanti bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkatan kes COVID-19 di kawasan terbabit. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia