web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penunggang Motosikal Maut Digilis Toyota Hilux

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2021 6:10PM

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan termasuk kepala.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Lahad Datu-Tawau, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan termasuk kepala.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa dikatakan terpaksa memberhentikan motosikalnya selepas kenderaan di hadapan berhenti secara mengejut.

Bagaimanapun, sebuah motosikal dari arah belakang gagal memberhentikan kenderaan dan merempuh motosikal mangsa menyebabkan lelaki itu tercampak ke laluan bertentangan, sebelum digilis sebuah Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Dr Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan rempuhan berlaku.

“Bagaimanapun, siasatan terperinci akan dilakukan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi talian 089-881255 sambungan 414 bagi membantu siasatan. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia