web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Pematuhan SOP Rendah Punca Kes Positif Di Kampung Keramat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 7:48AM

KKM merekodkan 10 kes positif daripada 101 ujian yang dijalan di Kampung Keramat, Semporna. Punca peningkatan kes akibat pematuhan SOP yang rendah. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pematuhan penduduk Kampung Keramat di Semporna terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang masih rendah antara punca kes positif COVID-19 di lokaliti berkenaan.

Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga kini Kementerian KesihatanMalaysia  (KKM) merekodkan 10 kes positif COVID-19 daripada 101 ujian yang dijalankan di kampung itu.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 kerajaan negeri berkata atas nasihat KKM, kerajaan negeri telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilokaliti itu bermula 11 Mei hingga 24 Mei ini.

"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut," katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.

Masidi yang juga Menteri Kewangan negeri berkata sehingga kini seramai 56,237 orang telah menerima suntikan vaksin dos pertama bagi fasa satu manakala dos kedua seramai 50,065 orang, dan fasa dua pula seramai 27,613 telah menerima suntikan bagi dos satu.

"Manakala bilangan pendaftaran penerima vaksin hari ini sejumlah 1,613 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 480,621 orang," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia