web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Korban Raya Hari Ini Untuk Kebaikan Hari Esok - Tun Mahathir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 1:36PM

Tun Mahathir berkata berdasarkan pengamatan beliau, orang ramai kini mula mengabaikan pematuhan SOP. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merayu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau parti politik supaya terus mematuhi prosedur operasi standad (SOP) termasuk mengehad sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini demi mengelakkan kes COVID-19 terus meningkat.

Tun Mahathir berkata arahan kerajaan supaya tidak melakukan amalan kunjung-mengunjung dan tidak berkumpul penting untuk dipatuhi kerana ia boleh menyebabkan penularan wabak.

“Kita perlu sabar pada hari raya ini kerana kita ingin melihat kes jangkitan penyakit ini dapat dikurangkan.

“Beraya secara terhad, kita berkorban pada hari ini untuk keselamatan hari esok,” katanya dalam kenyataan khas berkenaan situasi COVID-19 yang disiarkan menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Tun Mahathir berkata berdasarkan pengamatan beliau, orang ramai kini mula mengabaikan pematuhan SOP termasuk di bazar-bazar Ramadan serta di masjid-masjid dan keadaan itu menyebabkan beliau sendiri tidak lagi menunaikan solat berjemaah di masjid atau ke bazar demi keselamatan.

Tun Mahathir berkata walaupun ramai yang tidak suka SOP yang ditetapkan tetapi perkara itu penting untuk mengelakkan negara ini daripada menerima nasib seperti di India dan Brazil apabila ratusan ribu individu dijangkiti setiap hari menyebabkan penularan wabak itu kini di luar kawalan.

Keadaan yang sama boleh berlaku di negara ini, kata beliau, jika rakyat terus mengabaikan pematuhan SOP dan jika ini terjadi, tempat rawatan dan keperluan perubatan untuk merawat penyakit itu akan berkurangan.

Rawatan tidak dapat dilakukan secara sempurna, sekali gus boleh menjadi punca peningkatan kes kematian.

“Kita harus ingat pada mula-mula kita terpaksa melakukan lockdown selama sebulan (tahun lepas), kita dapat kawal perkembangan wabak ini sehingga dua digit sahaja… tetapi sekarang kes jangkitan meningkat sehingga 4,000 lebih.

“Keadaan lebih genting kerana virus ini menjadi varian yang baharu dan ia lebih mudah menjangkiti daripada yang lama yang mungkin tidak dapat dikawal dengan suntikan vaksin,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihati penjaja bazar Ramadan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terjejas dengan langkah kerajaan yang tidak membenarkan operasi diteruskan bermula hari ini supaya bertabah dan bersabar.

Menurutnya jika mereka mengutamakan soal jualan, lebih ramai yang akan dijangkiti dan menjadi korban kepada virus pembunuh itu.

Namun pada masa yang sama, beliau turut berharap kerajaan dapat membantu golongan peniaga serta rakyat yang terjejas dengan ketika berdepan dengan situasi getir ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tun M Sekali Lagi Guris Hati Bukan Melayu - Pemuda GERAKAN

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia