web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun M Sekali Lagi Guris Hati Bukan Melayu - Pemuda GERAKAN

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 8:26PM

Ketua Pemuda, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa sekali lagi mengguris hati orang bukan Melayu apabila mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara. 

Ketua Pemuda, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Wong Chia Zhen berkata, Dr Mahathir tidak syak lagi adalah negarawan paling kontroversi walaupun banyak berbakti kepada negara. 

Beliau memberi ingatan, Dr Mahathir menimbulkan pelbagai masalah sejak mentadbir negara, mencakupi politik wang, kronisme, rasuah dan ketegangan antara kaum. 

"Walaupun begitu, rakyat Malaysia masih sayang dan menghormati Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat paling lama. Malah, orang bukan Melayu juga akur di bawah pemerintahan dan pimpinan beliau. 

"Tidak ada usaha menjatuhkan Dr. Mahathir dari golongan bukan Melayu, sebaliknya tindakan tersebut dilakukan orang Melayu sendiri dalam UMNO yang menyebabkan perpecahan Semangat 46. 

"Dr Mahathir perlu sedar dan terima (hakikat) bahawa negara ini milik semua. Tidak  ada salahnya kami lahir sebagai bukan Melayu kerana itu ditentukan Tuhan," katanya di sini, hari ini. 

Chia Zhen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, serta Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah menyatakan demikian, sebagai mengulas laporan sebuah portal berita baru-baru ini, membabitkan wawancara bersama Dr Mahathir oleh saluran televisyen satelit India, Thanti TV.

Menerusi temu bual tersebut, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata, kesetiaan masyarakat India tempatan tidak sepenuhnya milik Malaysia kerana mereka masih terikat dengan negara asal. 

Kenyataan itu mengundang pelbagai maklum balas dari pemimpin masyarakat bukan Melayu antaranya Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo serta Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang juga sebuah parti mesra Perikatan Nasional (PN). 

Mengulas lanjut, Chia Zhen berkata, konsep perpaduan selalu diadu-domba, manakala identiti kebangsaan sering ditafsirkan secara sempit. 

"Kami di GERAKAN merasa terpanggil untuk bersuara bagi menekankan betapa pentingnya agenda mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. 

"Saya percaya, majoriti rakyat Malaysia setia kepada raja dan negara. Tidak ada yang betul-betul nak mengkhianati bangsa dan negara dengan saya sendiri adalah kaum Cina tetapi saya tetap orang Malaysia," katanya. 

Chia Zhen yang juga Pengerusi GERAKAN Kedah menambah, Presiden GERAKAN pertama, Profesor Syed Hussein Alatas sendiri pernah membangkitkan mengenai larangan untuk mana-mana pihak, mempertikaikan kesetiaan warganegara hanya kerana orang tersebut bukan dari kalangan Melayu. 

"Melalui penglibatan beliau dalam Majlis Perundingan Negara (NCC), Syed Hussein pernah mencadangkan supaya Rukun Negara mesti melarang segala percubaan untuk mempersoalkan kesetiaan mana-mana pihak hanya kerana orang itu datang dari komuniti berlainan. 

"Kearifan beliau masih menjadi inspirasi hingga ke hari ini dengan Rukun Negara terus menjadi teras untuk menyatupadukan kita rakyat Malaysia. Beliau sudah dapat mengagak ada orang yang akan memecah belahkan rakyat dan demi perpaduan kaum, perkara itu mesti dilarang sebagai benteng integrasi kaum," katanya. - Getaran, 15 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tentangan GERAKAN Bukti PN Lebih Liberal Dari DAP, ‘Kenapa PAS Diam Saja?’

2

Politik 1 tahun yang lalu

Tun Mahathir Tidak Bertanding Dalam PRN

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kami Sudah Berkali-Kali Hubungi PH Tapi…’, MUDA ‘Realistik’ Tak Tanding Semua Kerusi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwa, Siasat Segera Tun M, SPRM Perlu Berani Buka Fail Lama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah