web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tentangan GERAKAN Bukti PN Lebih Liberal Dari DAP, ‘Kenapa PAS Diam Saja?’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 8:24AM

Keratan laporan sidang media GERAKAN bagi membantah pelaksanaan silibus Hadis 40 - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tentangan diberikan GERAKAN terhadap pelaksanaan silibus Hadis 40 untuk pelajar Muslim di sekolah milik Kementerian Pendidikan mencetuskan persoalan ramai, khususnya oleh netizen yang menyifatkan parti itu seharusnya lebih memahami Islam, sesuai dengan penyertaan mereka di bawah blok Perikatan Nasional (PN).

Ini memandangkan blok terbabit turut disertai PAS yang mendakwa mereka adalah satu-satunya parti berorientasikan perjuangan Islam di negara ini.

Penentangan disuarakan secara terbuka melalui sidang media pada Jumaat itu turut memperincikan pendirian GERAKAN, yang bersedia membawa perkara terbabit ke mahkamah sekiranya perlu.

Timbalan Presiden, Oh Tong Keong berkata, ia bagi menegakkan kedaulatan undang-undang negara dan membela hak orang bukan Islam.

Dakwa Tong Keong, buku modul penghayatan Hadis 40 oleh Imam Nawawi itu juga bertentangan dengan undang-undang dan Dasar Pendidikan Negara.

Mengulas isu itu, seorang ‘content creator’ berasaskan Islam yang menggunakan nama Miqdad Zakaria berkata, pendirian GERAKAN menggambarkan tabiat mereka memusuhi Islam secara nyata tanpa rasa malu.

Katanya, ia membuktikan kegagalan PAS ‘mentarbiah’ rakan sekutu mereka itu mengenai hal ehwal agama Islam.

“Orang Islam yang masih ada iman dalam hati, tengok la betul-betul siapa rakan PAS dalam PN yang bernama GERAKAN.

“Sebelum ini kita sudah tahu ganasnya GERAKAN bila melibatkan isu agama Islam. Bukan sahaja isu jawi, bahkan yang lebih parah GERAKAN pernah lawan Hudud di mahkamah,” katanya.

Selain dibahaskan secara meluas di Facebook, video berkenaan penentangan GERAKAN itu turut dimuat naik di aplikasi TikTok.

@kekal_5tahun Ayuh semua pemimpin Islam. Sama-sama dgn kerajaan Pepaduan menyokong pelaksanaan Hadis 40 untuk semua murid Islam! #islamituindah #perpaduan #malaysia #demipertiwi #keranamu #malaysiamadani #pmx #anwaribrahim #anakmuda #fypシ #phbn #perikatannasional #pas #bersatu #harapan ♬ Lagu Tema PAS - TRU STUDIO MY

Sebuah akaun menggunakan nama @kekal_5tahun menyindir pendirian PAS, yang dilihat hanya membisu tanpa sebarang ‘teguran’ terhadap kelantangan GERAKAN.

Menggunakan lagu rasmi PAS sebagai muzik latar, akaun berkenaan turut memuat naik keratan kenyataan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pendakwah bebas dan parti politik Islam yang menyatakan kemarahan masing-masing atas sikap biadab GERAKAN dan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) menentang silibus Hadis 40 itu.

Antara yang dipaparkan termasuk gesaan pendakwah berketurunan Cina, Firdaus Wong Wai Hung agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas MCCBCHST.

Menerusi keratan itu, Firdaus dipetik sebagai berkata, NGO Kuffar tidak layak menentukan apa yang seharusnya dilakukan oleh umat Islam dan mencampuri hal ehwal agama berkenaan.

Video terbabit turut membidas prinsip PN yang gemar menyalahkan DAP dan melabelkan parti itu sebagai musuh Islam, sedangkan hakikatnya, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying sedari awal telah tampil menjelaskan bahawa modul Hadis 40 hanya terpakai ke atas pelajar Islam.

Beliau turut menggesa masyarakat bukan Islam agar tidak berasa bimbang kerana modul terbabit sama sekali tidak melibatkan pelajar dari golongan berkenaan.

Menerusi satu lagi video, netizen turut menyifatkan PN sebagai sebuah gabungan liberal yang mengancam Islam, susulan kegagalan mereka mengawal tingkah laku GERAKAN.

@amanmuhammad31 PN MEMBANTAH PEMBELAJARAN 40 HADITH DI SEKOLAH - PN LIBERAL #fyp #malaysiamadani #kerajaanperpaduan #dsai #pnbest #anwar #phbn #umno #umnomalaysia ♬ original sound - Aman Muhammad

Kata mereka, adalah tidak adil jika DAP pula yang dituduh sedangkan jelas dan nyata, semua polemik itu dimulakan GERAKAN. 

Sehingga laporan ini ditulis, tiada mana-mana pemimpin PN atau PAS tampil memberi penjelasan atau sekurang-kurangnya 'menegur' kebiadaban GERAKAN itu. - Getaran, 27 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tun M Sekali Lagi Guris Hati Bukan Melayu - Pemuda GERAKAN

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kalau Tak Faham Bahasa Arab, Jangan Pandai-Pandai Ulas Hadis - Fathul Bari

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Hadis 40: KPM Sedia Bincang Rungkai Kekeliruan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah