web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jan 2024 6:44PM

Anwar Ibrahim (kanan) melawat pameran selepas melancarkan Program Al Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Kerajaan membantah keras kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa masyarakat India di Malaysia mash tidak setia sepenuhnya kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Anwar berkata sebagai bekas Perdana Menteri yang sudah berkhidmat sekian lama, tidak sepatutnya kenyataan seumpamanya dilemparkan baik terhadap masyarakat India mahupun mana-mana kaum di negara ini.

"Kenyataannya tidak berasas langsung tapi itulah dia... Melayu itu bagi dia malas melainkan diri dia... India dan Cina dianggap kurang setia kecuali beberapa kroni dia.

"Kita harus hormati hak semua kaum, majoriti atau minoriti, hak rakyat dan kita harus mendakap seluruh kekuatan rakyat menuju soal pokok, bukan begini yang bagaikan bertujuan nak alih pandangan rakyat bila kita nak banteras rasuah dan soal tatakelola," katanya.

Belia berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Program Al Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya berkata tindakan seorang mantan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman hanyalah satu bentuk pemikiran lapuk yang boleh merosakkan negara.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran televisyen satelit India Thanthi TV mendakwa masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mash terikat dengan negara asal mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki