web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun Mahathir Tidak Bertanding Dalam PRN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 4:46PM

Tun Mahathir Mohamad - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau akan memberikan sokongan aktif terhadap mana-mana gerakan untuk memperkukuh orang Melayu sempena PRN itu. 

“Saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya, dan objektif saya bukan untuk menjadi perdana menteri lagi,” kata beliau pada sidang media di sini sekembalinya ke tanah air dari luar negara hari ini.  

Enam negeri akan mengadakan PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada 22 Jun dan 23 Jun lepas, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang dibubarkan hari ini manakala DUN Negeri Sembilan akan dibubar pada 1 Julai.

Mengulas hasrat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas perdana menteri untuk berjumpa dengannya, Dr Mahathir berkata pertemuan hanya boleh dilakukan selepas Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok. 

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan bertemu Dr Mahathir dalam masa terdekat untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Tun M Sekali Lagi Guris Hati Bukan Melayu - Pemuda GERAKAN

2

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

3

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tentangan GERAKAN Bukti PN Lebih Liberal Dari DAP, ‘Kenapa PAS Diam Saja?’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki