web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


38 ADUN, 11 Ahli Parlimen Desak Pengetua Sekolah Ain Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 5:20PM

Pendedahan Ain Husniza mengenai kes gurauan lucah yang berlaku ke atasnya, telah mendapat perhatian ramai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 38 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) di Selangor menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan tatatertib terhadap pengetua di sekolah Ain Husniza Saiful Nizam, sekiranya benar wanita itu membuat kenyataan negatif di Facebook mengenai pelajar berkenaan.

Sehingga hari ini, pengetua terbabit masih tidak memberikan sebarang komen berhubung perbuatannya itu, walaupun tinjauan Getaran mendapati semua kecaman tersebut sudah dipadamkan dari ruangan komen di akaun Facebook bapa remaja berkenaan.

Menurut gabungan pemimpin PH itu, komen diberikan pengetua berkenaan, Sarimah Mohammed Nor seolah-olah menggambarkan keizinan untuk mana-mana individu menggunakan jenayah seksual sebagai satu jenaka terhadap pelajar.

Ia sekali gus memberi takrifan bahawa keganasan terhadap wanita boleh dijadikan bahan gurauan, kerana cubaan untuk menuntut keadilan daripada pihak mangsa pasti tidak akan berjaya.

Kesemua 38 ADUN berkenaan, Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Siti Mariah binti Mahmud (Seri Serdang), Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baru), Tony Leong Tuck Chee, Hee Loy Siang (Kajang), V Ganabatirau (Kota Kemuning), Edry Faizal Eddy Yusof (Dusun Tua), Bryan Lai (Teratai), Lau Weng Sang (Banting), Rozana Zainal Abidin (Pematang).

Mohd Khairuddin Othman (Paya Jaras), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Idris Ahmad (Ijok), Syamsul Firdaus Mohamed Supri, (Taman Medan), Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru), Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat), Halimey Abu Bakar (Seri Setia), Lim Yi Wei (Kampung Tunku), Wong Siew Ki (Balakong), Shatiri Mansor (Kota Damansara), Mohd Zawawi Ahmad Mughni (Sungai Kandis).

Gunarajah R. George (Sentosa), Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Mohd Sany Hamzan (Taman Templer), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama) dan Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) sepakat menyatakan bahawa Sarimah wajar dikenakan tindakan tegas atas kegagalan beliau menangani isu berkenaan dengan wajar.

Ia turut menerima sokongan 11 Ahli Parlimen, termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

(Pandan), bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Pengerusi Dewan Anggota Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR), Charles Santiago (Klang).

Bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua (Damansara), June Leow (Hulu Selangor), Pengasas BERSIH, Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), William Leong (Selayang), Dr Ong Kian Ming (Bangi), Wong Chen (Subang) dan Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat).

Gabungan berkenaan berpendapat, terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepekaan gender di kalangan guru dan pelajar.

"Hormat, kesaksamaan dan keadilan adalah nilai yang ingin dimiliki oleh rakyat Malaysia, dalam hasrat ingin mewujudkan sebuah negara lebih baik.

"Satu Akta Kesaksamaan Gender seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan mesti dilaksanakan untuk memastikan anak-anak perempuan dan lelaki kita dilindungi," katanya. - Getaran, 10 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibarat Sedekah Kepada Penjenayah, Ramai Tinggal Kunci Pada Motosikal - KP Kedah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia