web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Warga Asing Teruja Rai Aidilfitri Di Malaysia, Anggap Sambutan Meriah, Kebudayaan Unik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2023 9:07PM

Warga asing dilihat membanjiri Pintasan Saloma pada cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan Bernama di sekitar ibu kota hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suasana di sekitar kawasan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, kelihatan sepi sejak beberapa hari lalu, selepas ramai warga kota dalam kalangan rakyat tempatan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri.

Namun, di sebalik kesunyian itu, pusat beli-belah di kawasan berkenaan ‘dihiasi’ dengan kehadiran warga asing yang memanfaatkan cuti Syawal untuk bersiar-siar dan melakukan aktiviti pilihan.

Tinjauan Getaran di IOI City Putrajaya mendapati, kebanyakan warga asing mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersantai bersama keluarga, sanak saudara dan kenalan yang berada di negara ini.

Pekerja restoran mamak, Aidil Rahmat, 33, dari Chennai, India berkata, ini adalah tahun pertama dia dan empat rakannya bertemu di IOI City bagi meraikan Aidilfitri kerana sebelumnya, mereka memilih menyambut lebaran di pusat beli belah KLCC. 

Dia yang sudah berada di Malaysia sejak lima tahun lalu berkata, cuti umum seperti Aidilfitri adalah hari untuk bersama rakannya meluangkan masa sambil merehatkan minda.

Aidil Rahmat
Aidil Rahmat

“Hari biasa kami semua bekerja dan penat. Cuti tiga hari ini kami akan jalan-jalan di sekitar Putrajaya, KLCC, Bukit Bintang dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). 

“Kami seronok berjalan sambil melihat keunikan dan kebudayaan umat Islam di Malaysia menyambut hari raya, termasuk daripada segi pakaian serta juadah,” katanya ketika ditemui Getaran. 

Selain itu, Aidil yang menetap di Kajang berkata, dia bersama rakannya mahu memanfaatkan cuti umum itu dengan melawat tempat popular lain di negara ini.

“Waktu cuti umum seperti hari raya ini baru kami semua dapat jalan-jalan di kebanyakan tempat popular dan menarik yang ada di Malaysia, disebabkan susah untuk warga asing seperti kita dapat cuti panjang. 

“Perayaan Aidilfitri di negara ini menarik, sambutannya amat meriah berbanding di India kerana di sana, umat Islam tidak dapat meraikannya seperti Malaysia,” katanya.

Bagi seorang pekerjaan binaan, Jumaat Jantan, 47, dari Kepulauan Jawa, Indonesia, Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan meriah kerana Malaysia sudah ‘bebas’ dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menetap di Cheras sejak tiga tahun lalu, dia berkongsi bagaimana perasaannya hiba semasa menyambut Aidilfitiri ketika awal menetap di Malaysia kerana PKP, sehingga menyebabkannya tidak dapat bertemu dan berkumpul bersama rakan.

“Aidilfitri di Malaysia turut sama meriah seperti di Indonesia. Kami semua pilih IOI City kerana mahu rasakan suasana baharu di pusat membeli-belah yang dikatakan antara popular di Malaysia. Kami juga boleh mengabadikan gambar kenangan. 

“Berbaki cuti Aidilfitri ini, saya akan pergi melawat tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur seperti Pasar Seni, Menara Kuala Lumpur mahupun KLCC,” katanya ketika ditanya apakah aktiviti susulan sepanjang cuti perayaan itu kali ini.

Dalam pada itu, cuti terbabit turut digunakan segelintir warga asing untuk membeli-belah, seperti dilakukan Ahmad Salam Shahir dari Bangladesh. 

Ujarnya, dia bersama adik datang dari Dengkil, Sepang, Selangor ke IOI City untuk mengambil peluang daripada jualan murah yang masih berlangsung di situ.

“Saya dan adik datang ke sini untuk tengok kasut, baju dan beg murah, lagipun hari inilah nak membeli-belah sebab orang tak ramai dan tak sesak. 

“Selama empat hari cuti ini, saya dan rakan merancang nak ‘makan angin’ di Bukit Bintang, KL Sentral, Pasar Seni dan sebagainya,” katanya teruja - Getaran, 23 April 2023.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 17 jam yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 16 jam yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah