web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Salah Kerajaan Anjur Rumah Terbuka Di 6 Negeri, ‘Kenapa, Adakah Sanusi Takut’?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 6:22PM

Mohd Puad Zarkashi berkata kerajaan pimpinan Anwar membuat kelainan untuk tidak mengadakan rumah terbuka di Putrajaya, susulan mahu setiap akar umbi dan pentadbiran negeri merasai kemeriahan meraikan Aidilfitri bersama Perdana Menteri.  - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri yang bakal dianjurkan di enam negeri sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), adalah bukti PAS gentar dengan kekuatan dimiliki Kerajaan Perpaduan. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kerajaan pimpinan Anwar membuat kelainan untuk tidak mengadakan rumah terbuka di Putrajaya, susulan mahu setiap akar umbi dan pentadbiran negeri merasai kemeriahan meraikan Aidilfitri bersama Perdana Menteri. 

Menurutnya, tujuan rumah terbuka dianjurkan adalah meluaskan perhubungan awam kerajaan dengan pelbagai pihak, khususnya rakyat di enam negeri berkenaan, di samping tiada siapa dilarang menghadiri acara itu.

Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi

“Sanusi takut. Apa yang tidak wajarnya? Buat rumah terbuka ke peringkat akar umbi ini lagi wajar. Biar rakyat di negeri lain merasa. Taklah dari dulu sampai sekarang Putrajaya sahaja merasa. 

“Oleh sebab itu, semua wakil rakyat dan Menteri Besar di setiap negeri akan buat rumah terbuka sempena Aidilfitri,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, walaupun ia akan mewujudkan persepsi bahawa wujud sedikit unsur politik dan kempen untuk PRN, bukan menjadi kesalahan ia diadakan kerajaan. 

“Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Sanusi pun boleh tumpang semangkuk. 

“Dia boleh berdiri sebelah Perdana Menteri dari pagi sampai petang, mampu bersalam dengan semua pengunjung. Lagi ramai datang lagi bagus,” katanya. 

Sementara itu, Puad turut menafikan dakwaan bahawa majlis rumah terbuka yang akan berlangsung adalah satu pembaziran.

“Kalau mahu berjimat cermat Sanusi tidak perlu buat rumah terbuka lain. Lagi pun mungkin orang sama akan hadir (kedua-dua acara). Itu pembaziran.

“Sepatutnya Sanusi fokus tujuan rumah terbuka. Bermaaf-maafan dan mencetuskan kemeriahan. Kita mahu rakyat gembira. Sebab itu dapat cuti tambahan dan tol percuma empat hari,” katanya. 

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi

Terdahulu, Muhammad Sanusi mendakwa, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri di enam negeri itu sebagai kempen PRN dan tidak wajar diadakan.

Katanya, ia kerana program terbabit membabitkan kos tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini, menguar-uarkan supaya langkah penjimatan dibuat semua pihak.

Beliau berkata, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu lokasi sahaja, iaitu di Seri Perdana atau sekitar Putrajaya, seperti kelaziman.

Jelasnya, penglibatan beberapa kementerian dalam penganjuran program terbabit juga tidak sepatutnya berlaku.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi Facebook, berkongsi berhubung penganjuran siri Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri sempena Aidilfitri yang akan diadakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan pada April serta Mei ini.

Katanya majlis itu akan berlangsung enam negeri, iaitu di lokasi seperti berikut:

1. Hotel Raia, Bandar, Alor Setar, Kedah pada 29 April ini (10 pagi hingga 2 petang).

2. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei (11 pagi hingga 2 petang).

3.Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan pada 7 Mei (11 pagi hingga 2 Petang).

4. Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan pada 12 Mei (7 petang hingga 10.30 malam)

5. Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu, Terengganu pada 14 Mei (7 petang hingga 10.30 malam)

6.Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor pada 14 Mei (8 malam hingga 11 malam).

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI.

“Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan, di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” katanya. - Getaran, 24 April 2023.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 32 minit yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 1 hari yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok