web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penghantar Makanan Terima Sumbangan Pek Berbuka Puasa PATIK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 May 2021 8:43PM

Tunku Zara Fakia Faranaz menyerahkan pek berbuka puasa kepada pasangan suami isteri sempena program Sentuhan Kasih Ramadan 2 anjuran bersama PATIK dan Bank Islam Cawangan Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan penghantar makanan yang juga barisan hadapan sejak wabak COVID-19 melanda negara tahun lalu, Pertubuhan Amal Tiara Kasih (PATIK) dengan kerjasama Bank Islam Cawangan Kuantan mengagihkan 100 pek berbuka puasa untuk mereka petang tadi. 

Program diadakan secara pandu lalu di perkarangan Bank Islam Jalan Putra Square, dekat sini.

Pengerusi PATIK, Tunku Zara Fakia Faranaz Tunku Ismail berkata, program Sinar Kasih Ramadan Siri 2 adalah kesinambungan program bersama anak yatim di gedung pakaian terkenal, minggu lalu. 

"Untuk program Sinar Kasih Ramadan Siri 1, PATIK dengan kerjasama Yayasan Rizalman Ibrahim menghadiahkan kelengkapan baju raya kepada penghuni Rumah Anak Yatim Permata Camar dan kali ini kita santuni pula 'food rider' yang banyak memudahkan urusan kita ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

"Kita juga sangat bertuah kerana mendapat sokongan serta kerjasama baik dari Bank Islam Cawangan Kuantan yang turut serta dalam program kali ini dan diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat kita laksanakan pada masa akan datang," katanya. 

Pengagihan pek makanan untuk berbuka puasa bersama sekotak kurma itu bermula jam 5 petang dan selesai kira-kira sejam kemudian. 

Sementara itu, Pegawai Eksekutif (Perancangan Kewangan) Bank Islam Cawangan Kuantan, Mohd Al-Faeez Abd Karim berpuas hati dengan kolaborasi pertama mereka dan bercadang untuk meneruskan program berbentuk khidmat sosial korporat (CSR) selepas ini. 

"Ini adalah antara program CSR yang paling mudah menyentuh hati masyarakat kerana kita dapat berinteraksi secara terus dengan kumpulan disasarkan.

"Contohnya macam hari ini, kita boleh melihat sendiri kegigihan mereka (budak penghantar makanan) memenuhi tempahan dibuat pelanggan dan memastikan setiap pesanan sampai pada masa ditetapkan. 

"Lagipun mereka juga barisan hadapan negara kita dan wajar diberikan penghargaan. Saya harap sumbangan ini dapat menggembirakan mereka yang kadang kala tidak sempat berbuka puasa kerana mahu memastikan setiap tempahan pelanggan dihantar secepat mungkin," katanya. – Getaran, 10 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Laju Sangat Abang Rider Pun...

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia