web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelaksanaan PKP Di Sarawak Diketahui Hari ini, Sabah Kekalkan SOP Sedia Ada

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 8:43AM

Douglas Uggah Embas - Gambar theborneopost.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak hanya akan diketahui hari ini.

Satu kenyataan mengenainya dijangka dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, seperti yang dipetik dari Borneo Post.

''Jawatankuasa itu akan mengeluarkan kenyataan mengenainya hari ini,'' kata pembantu beliau menerusi pesanan di dalam kumpulan WhatsApp untuk media.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula Rabu ini hingga 7 Jun sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

“Kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan lebih drastik bagi mengelak negara terjerumus dalam malapetaka kesihatan lebih parah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata Sabah akan mengekalkan syarat pergerakan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan ketika ini seperti yang dipersetujui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga mendapat makluman lanjut mengenai pelaksanaan PKP itu.

``Permintaan Sabah untuk kekal dengan SOP sedia ada telah diluluskan oleh Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),'' katanya seperti dilaporkan dailyexpress. - Getaran, 11 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia