web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pekerja Maut Ditimpa Jentolak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 9:07AM

Seorang pekerja Kilang dari Nepal maut selepas ditimpa jentolak yang dipandunya di Sungai Karangan, Kulim, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Seorang pekerja kilang warganegara Nepal maut setelah ditimpa jentolak dipandunya di sebuah kilang kelapa sawit di Sungai Karangan, dekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 2.15 petang ketika mangsa memandu jentera berkenaan di kawasan timbunan sisa kelapa sawit. 

"Lelaki tersebut  yang berusia 29 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bawah jentera berat itu. 

"Mayatnya terpaksa dibawa keluar dengan bantuan pihak bomba sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat," katanya. 

Azhar memberitahu, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan darah di kepala mangsa selain kecederaan di leher dan belakang bahu sebelah kanan. 

"Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja menimbun sisa kelapa sawit. 

"Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. - Getaran 11 Mei 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia