web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Korporal Tendang Pengawal Keselamatan, Marah Palang Tidak Dibuka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 11:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Berang hanya disebabkan palang kawalan tidak dibuka, seorang anggota polis berpangkat Koperal bertindak menendang seorang pengawal keselamatan di Sri Manja Court, Taman Sri Manja, di sini.

Dalam kejadian Ahad lalu jam 12.45 tengah hari itu, suspek berusia 30-an dikatakan 'naik hantu' hanya kerana terpaksa memberhentikan motosikalnya disebabkan pengawal terbabit lambat membuka palang kawalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid, berkata tindakan suspek itu dikesan seorang pegawai kanan polis berdasarkan video yang tular di aplikasi WhatsApp.

Justeru, katanya, pegawai terbabit membuat laporan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pengawal keselamatan berusia 59 tahun terbabit yang dikatakan tidak membuka palang masuk kawasan kediaman itu lebih awal hingga menyebabkan suspek menunggu lama.

“Berlaku pertengkaran mulut antara mereka dan suspek mendakwa mangsa mengeluarkqn perkataan kesat kepadanya sehingga menyebabkan dia tidak berpuas hati.

“Dalam kejadian itu, suspek menendang ke arah perut mangsa hingga menyebabkan pengawal keselamatan terbabit mengalami kesakitan," katanya.

Mohamad Fahkrudin berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.

“Suspek juga dikatakan turut mengugut hendak memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar.

“Suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu ditahan intuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana“Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang melakukan jenayah kekerasan terhadap orang awam,” tegasnya. - Getaran, 11 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia