web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MB Selangor Hargai Pekerja, Yakin Negeri Mampu Jadi Penyumbang Terbesar KDNK

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:16PM

Amirudin yakin Selangor mampu mencapai sasaran sehingga 30 peratus untuk menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor diyakini mampu mencapai sasaran sehingga 30 peratus untuk menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari optimis hasrat itu mampu dicapai kerana negeri tersebut memiliki 3.6 juta pekerja dalam pelbagai sektor, iaitu lebih 50 peratus daripada sekitar tujuh juta penduduk.

"Ikhtiar berkenaan memainkan peranan penting untuk memposisikan negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar KDNK negara, iaitu sebanyak 24.8 peratus pada tahun 2021.

"Komitmen seluruh pekerja berjumlah hampir 3.6 juta mampu menjadi pemangkin ke arah mencapai hasrat Selangor menyumbang 30 peratus kepada KDNK,” katanya sempena perutusan Hari Pekerja.

Beliau berkata demikian sempena Hari Pekerja, sebagai menghargai segala komitmen dan pengorbanan warga pekerja di seluruh negeri. 

Amirudin Shari - Gambar fail
Amirudin Shari - Gambar fail

Dalam perkembangan berkaitan Amirudin berkata, negara pada masa sama perlu terus memastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang, selaras dengan tema Hari Pekerja tahun ini iaitu Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani.

“Selain pekerja konvensional, peranan ibu bapa juga tidak wajar dilupakan kerana mereka bertugas dengan mengambil tanggungjawab mendidik dan membangunkan anak-anak demi generasi muda berwawasan,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Naib Presiden PKR turut mengucapkan syabas kepada majikan kerana sentiasa memberi peluang kepada pekerja di Selangor untuk menceburi pelbagai bidang dan sektor, sambil mengekalkan kedayatahanan terutamanya dari segi kewangan.

"Semoga usaha berganding bahu ini terus kekal dan mampu menambah kualiti hidup pekerja di Selangor dengan gaji yang setimpal dan berkembang, seiring dengan pengembangan ekonomi negara.

"Hari Pekerja sememangnya adalah detik dan waktu untuk meraikan usaha, ketekunan, dan kebertanggungjawaban warga pekerja Selangor yang telah membina dan memajukan negeri ini," katanya. - Getaran, 1 Mei 2023.



 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 23 jam yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 4 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Semasa 15 jam yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu