web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKP 3.0: Moratorium Pinjaman Menyeluruh Bukan Penyelesaian Terbaik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 3:36PM

Peminjam harus berunding dengan pihak bank untuk membantu memenuhi obligasi hutang mereka, kata Bank Negara Malaysia. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Moratorium pinjaman menyeluruh mungkin bukan penyelesaian terbaik bagi peminjam berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, sebaliknya mereka harus berunding dengan pihak bank untuk membantu mereka memenuhi obligasi hutang mereka, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata semua bank sudah mempunyai pelan bantuan pembayaran mereka termasuk moratorium pinjaman bersasar, ia dapat ditawarkan kepada peminjam yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan mereka berkurangan.

"Peminjam juga dapat menggunakan pelbagai saluran yang disediakan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), BNM, sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan lebih lanjut.

"Apa yang lebih penting, peminjam akan mendapatkan bantuan yang mencerminkan keadaan kewangan mereka yang spesifik supaya mereka tidak akan menanggung lebih banyak kos atau hutang daripada yang diperlukan.

"Oleh itu, moratorium pinjaman, mungkin bukan penyelesaian terbaik untuk semua peminjam," katanya kepada media selepas pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2021 Malaysia, hari ini.

Nor Shamsiah berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada BNM akan mempertimbangkan untuk melaksanakan moratorium sekali lagi selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bermula 12 Mei hingga 7 Jun susulan peningkatan jumlah kes harian COVID-19.

Walaupun PKP dilanjutkan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tidak seperti PKP yang dilaksanakan pada tahun 2020, katanya.

Beliau  menggesa peminjam untuk berhubung dengan pihak bank supaya bank dapat mendapatkan bantuan dan nasihat yang tepat, sesuai dengan keadaan mereka dan demi kepentingan mereka.

Setakat 21 Mac tahun ini, bank telah memberi membantu 1.7 juta pemohon bagi bantuan pembayaran dan kadar kelulusan adalah pada 95 peratus.

Menurutnya, BNM dan AKPK juga telah memberi sokongan kepada lebih daripada 47,000 peminjam untuk menolong mereka memenuhi obligasi hutang mereka dengan bank.

"Sumber kami akan terus digunakan untuk membantu peminjam pada sepanjang tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas oleh bantuan berkenaan tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia