web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peningkatan Ketara COVID-19, Bukti Nyata Kegagalan Pemerintah - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 11:21PM

Anwar menegaskan jumlah pemberian vaksin seharusnya meliputi 75,000 suntikan sehari di seluruh negara, berbanding kadar purata 25,000 suntikan ketika ini menerusi PICK. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes COVID-19 walaupun selepas lebih setahun bergelut dengan virus maut itu adalah bukti jelas kegagalan pihak pemerintah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak dapat dinafikan COVID-19 adalah darurat kesihatan terburuk dalam sejarah perubatan negara, sekali gus turut memberi impak besar ke atas pertumbuhan ekonomi.

Menurut beliau, kesannya begitu parah sehingga sejumlah besar rakyat terpaksa menanggung akibat, walau ia bukan kerana ulah mereka.

Kebobrokan barisan kepimpinan negara jelas Presiden PKR itu, dapat dilihat ke berlaku ke atas banyak perkara, termasuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Kerajaan mengisytiharkan darurat, namun kepentingan dan kebajikan rakyat gagal diberi perhatian.

"Pemberian vaksin seharusnya meliputi 75,000 suntikan sehari di seluruh negara, berbanding kadar purata 25,000 suntikan ketika ini seperti yang dilaksanakan PICK," katanya secara langsung di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, sehingga kini anggaran kasar vaksin yang sudah diberi meliputi sejuta penerima, berbanding sasaran sebenar lima juta.

"Apa yang kita saksikan ketika ini adalah jumlah yang jauh lebih rendah dan sama sekali gagal mencapai sasaran.

"Saya terpanggil memberikan buah fikiran, melihat kepada sambutan hangat diberikan rakyat ketika pengumuman PICK dibuat, walaupun banyak persoalan masih belum terjawab," katanya.

Pelbagai tanda tanya jelas Anwar lagi, bersabit negara asal vaksin, kos dan jumlah kos, namun ia terbiar sepi tanpa jawapan.

"Kerajaan sebenarnya berhutang semua penjelasan ini dengan rakyat. Bukankah sudah lebih setahun kita dibelenggu COVID-19, mengapa jumlah vaksin diterima masih tidak diketahui?

"Usaha mendesak jawapan ini perlu dipergiatkan, walaupun saya tahu ada kecenderungan kerajaan untuk berdiam diri," katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut mengkritik Sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) yang disifatkan memiliki terlalu banyak kepincangan.

Keupayaan sistem itu yang kononnya terbilang canggih hasil kerjasama mampan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) rupanya tidak sehebat digambarkan.

Jelas Anwar, kepincangannya jelas terbukti menerusi penutupan mendadak sejumlah besar premis yang disenarai sistem itu Ahad lalu, sekali gus mengundang ketidakpuasan hati orang ramai khususnya peniaga.

"Banyak perincian tidak dijelaskan HIDE dan ia tidak seharusnya berlaku," katanya. - Getaran, 11 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia