web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas KP MEIO Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 9:20PM

Hasanah Abdul Hamid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di Desa Putra, Putrajaya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakilinya dalam kes mahkamah melibatkan tuduhan pecah amanah wang harta kerajaan berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta).

Beliau berkata Hasanah, 66, meninggal dunia pada 1.22 tengah hari dan jenazahnya dimandi serta disembahyangkan di Surau Al Ikhwan, Desa Pinggiran Putra pada 3 petang tadi. 

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis, Putrajaya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Menurut Mohd Khairul Azam, Allahyarham merupakan seorang yang tenang dan tabah dalam menghadapi sebarang ujian. 

“Ketika saya kendalikan kes beliau dahulu… Allahyarham memang berani untuk buktikan dia tidak bersalah,” katanya. 

Pada 9 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Hasanah daripada pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia, empat tahun sebelum itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut