web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesan KP Kesihatan, KKM Adalah Benteng Akhir Putuskan Rangkaian COVID

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 12:59PM

Dr. Noor Hisham mengadakan tinjauan di Hospital Putrajaya, hari ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  “Peperangan masih berjalan dan warga Kementerian Kesihatan (KKM) merupakan pertahanan terakhir bagi memutuskan rantaian COVID-19. Semoga terus berikhtiar dan cuba sedaya upaya bagi membebaskan negara daripada pandemik ini”.

Itu antara pesanan yang dititipkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada warga kerja KKM ketika mengadakan sesi tinjauan di Hospital Putrajaya pada hari pertama Aidilfitri, di sini.

Ia merupakan rutin lazim Dr Noor Hisham pada setiap Hari Raya Aidilfitri bagi menyantuni warga KKM sebagai tanda sokongan kepada barisan petugas hadapan kesihatan.

“Petugas kesihatan telah ‘berperang’ untuk tempoh yang amat panjang, iaitu hampir 16 bulan. Kebanyakan kita telah pun lesu dan juga (letih) dari segi mental dan fizikal, tapi kalau kita tidak membantu untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, maka ramai komuniti akan dijangkiti virus itu,” katanya kepada media selepas sesi tinjauan terbabit.

KKM juga, kata beliau, telah bersiapsiaga dengan penyediaan peralatan dan fasiliti kesihatan bagi menghadapi pandemik COVID-19 ditambah lagi jenis varian baharu virus yang dikenal pasti dalam negara.

Dr Noor Hisham mengulangi peringatan mesranya iaitu supaya rakyat sentiasa duduk rumah sekiranya tiada urusan penting dan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau yang lengkap berbaju Melayu berwarna kelabu lembut meluangkan masa kira-kira setengah jam di hospital berkenaan.

Sementara itu, seorang penolong pegawai perubatan di hospital berkenaan Mohamad Zahir Omar, 27, berkata biarpun sedih tidak dapat beraya di kampung, namun bersyukur diberi kesempatan berbakti kepada negara dan rakyat pada hari bermakna ini.

“Ini musim pandemik, dan menjadi tanggungjawab saya agar menjalankan tugas yang terbaik dalam memastikan kesihatan rakyat terbela,” kata anak bongsu daripada enam beradik itu yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Penyelia jururawat Kamsiyah Krosnin yang telah berkhidmat dengan KKM selama 24 tahun berkata beliau pernah bekerja pada Hari Raya Aidilfitri tujuh kali berturut-turut namun akur ia adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.

“Raya atau bukan raya, kita terikat dengan kerja dan perlu berkhidmat mengikut jadual yang ditetapkan. Emosi perlu diketepikan demi tugasan. Nyawa dan kesihatan individu lagi penting, lagi-lagi waktu pandemik ini,” katanya. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia