web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PH Perlu Tukar Slogan,  'Dari Lawan Tetap Lawan' Kepada' Lawan Sekarang Kawan'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 9:47PM

Kira-kira 3,500 hadirin yang terdiri daripada pemimpin, perwakilan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Perpaduan serta penyokong kerajaan menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sambil berseloroh memaklumkan gabungannya akan berusaha menukar slogan ‘lawan tetap lawan’ kepada ‘dulu lawan, sekarang kawan’.

Perkara itu disuarakan oleh Menteri Dalam Negeri itu sebagai merujuk kepada ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika program Bina Negara Sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. 

“Saya tertarik dengan kata-kata Datuk Seri Wee Ka Siong yang berkata ‘dulu lawan, sekarang kawan’. Kami dalam reformasi ada juga slogan begitu, lawan tetap lawan.

“Saya bimbang, jadi sekarang kena tukar. Sekarang kita tukar ‘dulu lawan sekarang kawan, kena tambah yang itu,” katanya dalam ucapan program Malaysia Madani Sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. 

Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

Terdahulu, Ka Siong berkata, kerajaan perlu mengutamakan rakyat dengan bersifat responsif, progresif, inklusif dan mendengar suara rakyat.

Menurut beliau, dalam mengorak langkah ke hadapan, kerajaan perlu mengutamakan rakyat, mendengar denyut nadi mereka dan merapatkan saf demi kestabilan politik.

Jelasnya, hubungan antara kaum perlu dirapatkan dalam memastikan negara kekal stabil.

“Tanpa perkara itu, negara akan menjadi huru-hara, masyarakat berpecah dan ekonomi tidak dapat berkembang sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Kestabilan politik sangat penting untuk dibina dan dipertahankan, malah ia wajib diutamakan, terutamanya dalam mengharungi pelbagai cabaran di peringkat global yang tidak menentu ketika ini,” tegasnya.

Slogan ‘lawan tetap lawan’ mula digunakan PKR khususnya oleh Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melawan ‘musuh’ politik.

Ia bukan ditujukan kepada rakan sealiran dengan wadah perjuangan yang sama. – Getaran, 14 Mei 2023.

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 14 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 9 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Semasa 22 jam yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah