web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Hadir Parti Tertutup Maut Dibunuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2021 10:13PM

Sembilan individu ditangkap bagi membantu siasatan pembunuhan seorang remaja yang mayatnya ditemui di tepi jalan, dekat impang Kampung Pokok Pauh, Pokok Sena, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Seorang remaja perempuan ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di tepi jalan, dalam kebun getah, dekat Simpang Kampung Pokok Pauh, di sini, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, terdapat kesan lubang sepanjang kira-kira 1.5 sentimeter di bahagian depan paha kanan remaja berusia 17 tahun tersebut. 

Sehubungan itu katanya, polis menahan sembilan individu dalam dua siri tangkapan semalam, bagi membantu siasatan. 

"Tangkapan pertama dilakukan terhadap lapan individu terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan berusia antara 13 hingga 33 tahun kira-kira jam 5 petang. 

"Selepas itu seorang lagi lelaki berusia 27 tahun diberkas di Taman Derga Jaya, Alor Setar kira-kira jam 11.15 malam," katanya. 

Tambahnya, kesemua individu ditahan mengaku berada dalam satu acara parti tertutup bersama remaja perempuan terbabit yang berlangsung pada Ahad malam hingga Isnin pagi.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah dan telah dicam oleh ibunya sendiri, semalam.

"Kesemua mereka yang ditahan, direman selama enam hari hingga 18 Mei depan dengan salah seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis ketamin," katanya. 

Tambahnya, setakat ini pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca berlakunya lubang di paha mangsa. 

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 13 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia