web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekejaman Israel Terus Berleluasa, My Aqsa Defenders Sasar Dana RM10 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 1:48PM

Polis Israel menahan seorang penunjuk perasaan Palestin di Kota Baitulmuqaddis pada 25 April. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - My Aqsa Defenders menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM10 juta untuk disalurkan kepada penduduk Palestin yang kini sedang menderita susulan serangan bertali arus rejim Zionis hingga mencetuskan krisis kemanusiaan di negara terbabit.

Pengasas Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri, berkata kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu adalah hasil kerjasama NGO lain di Malaysia yang prihatin terhadap nasib malang rakyat Palestin susulan keengganan negara-negara Islam untuk bertindak dengan lebih efektif menghalang tindakan kejam rejim Zionis.

Katanya, setakat ini sebanyak RM2 juta telah berjaya dikumpul dengan separuh daripadanya sudah pun disalurkan bagi memenuhi keperluan membaik pulih klinik Al Aqsa yang terjejas, selain memastikan bekalan stok ubatan dan rawatan kecemasan sentiasa mencukupi termasuk alat ventilator bergerak.

“Sasaran dana berjumlah RM10 juta dengan agihan bantuan dibahagikan kepada bantuan kecemasan, bantuan jangka masa sederhana dan bantuan jangka panjang.

“Setakat ini, sejumlah RM2 juta telah berjaya dikumpulkan oleh badan gabungan NGO yang terlibat dan usaha untuk mencukupkan dana sasaran kini sedang giat dilakukan,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook My Aqsa Defenders, hari ini.

Nadir yang menetap di Gaza, Palestin, berkata, sebanyak RM1 juta lagi telah diperuntukkan bagi bantuan membaik pulih infrastruktur dan juga rumah penduduk di kota lama Al Quds dalam usaha untuk mereka terus bertahan dan mengekalkan demografi rakyat Palestin di kawasan tersebut.

“Pertambahan kepada jumlah bantuan akan seiring dengan bertambahnya sumbangan dari semasa ke semasa. Pada masa sama, pelan strategik jangka masa panjang seperti pembangunan kekuatan ekonomi, wakaf dan juga pendidikan akan turut diberikan perhatian,” katanya.

Menurutnya lagi, selain daripada usaha mengumpulkan dana bantuan, My Aqsa Defenders juga telah melancarkan kempen serangan siber dengan meminta rakyat Malaysia menularkan hantaran di laman sosial dengan tanda pagar #ShameOnIsrael dan #IsraelKoyak dengan tujuan untuk mengutuk tindakan kejam rejim Zionis ke atas penduduk Palestin dan juga Masjid Al Aqsa.

Katanya, kempen berkenaan berjaya tular dan memberi impak kepada Israel di Facebook, Instagram dan juga Twitter sehingga carian maksud ‘koyak’ turut meningkat di laman sesawang.

“My Aqsa Defenders juga menggesa masyarakat Malaysia untuk melihat isu Palestin ini diangkat bukan semata-mata terkait hal keagamaan, namun ia terkait dengan persoalan ketidakadilan, pencabulan hak asasi manusia dan juga krisis kemanusiaan sejagat.

“Justeru kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersuara dan menyokong perjuangan Palestin untuk menuntut dan memperjuangkan hak mereka yang dirompak sejak tujuh dekad lalu,” katanya.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan 108 nyawa terkorban dalam serangan kejam rejim Zionis dengan 28 daripadanya adalah kanak-kanak dan 15 lagi adalah wanita serta 621 individu lagi cedera dalam serangan di Gaza.

Masyarakat prihatin yang mahu memberikan sumbangan boleh menghulurkannya menerusi gabungan NGO yang terlibat antaranya MyFundAction, Cinta Gaza Malaysia (CGM), MAPIM Malaysia dan Global Peace Mission Malaysia - Getaran, 14 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia