web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kematian Lelaki Ketika Operasi Anjing Liar Diklasifikasi Mati Mengejut, 'Henti Buat Spekulasi'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 2:23PM

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (tiga dari kiri) ketika melawat keluarga seorang warga emas yang meninggal dunia sewaktu operasi tangkapan anjing liar di Taman Saga Bentong, Rabu lalu. - Gambar dari Facebook Young Syefura Othman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan kes kematian warga emas yang terdahulu rebah ketika operasi anjing liar di Taman Saga, Bentong Rabu lalu sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil bedah siasat daripada Hospital Bentong mendapati, mangsa maut akibat respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic osbtructive pulmonary disease.

Menurutnya, polis menerima dua laporan daripada kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anak mangsa mengenai kejadian terbabit.

“Satu laporan diterima daripada petugas Majlis Perbandaran Bentong (MPB) pada hari operasi itu, memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 79 tahun rebah berdekatan kawasan operasi terbabit.

“Satu lagi laporan diterima pada hari sama dari seorang wanita tempatan berusia 53 tahun, iaitu anak kepada mangsa yang mengatakan dia dimaklumkan jiran bahawa bapanya rebah dan pengsan di depan rumah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Zaiham berkata, pihak polis merakam percakapan semua pengadu dan beberapa saksi.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, punca kematian adalah akibat respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic osbtructive pulmonary disease

“Ia sudah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. 

Sehubungan itu, Zaiham menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit kerana ia boleh mengundang fitnah. 

“Orang ramai dilarang membuat sebarang komen yang tidak sewajarnya dalam media sosial serta membangkitkan isu perkauman.

“Kita juga memohon mana-mana saksi kejadian terbabit tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular dakwaan di media sosial bahawa seorang lelaki maut di perumahan berkenaan semasa dikatakan cuba menghalang kakitangan MPB menangkap anjing peliharaannya ketika operasi anjing liar di kawasan itu. - Getaran, 27 Mei 2023.

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 12 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Sukan 1 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut