web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terlibat Pelbagai Kesalahan, Lesen Bas Starmart Express, TRA Xpress Digantung 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 5:21PM

Siasatan yang melibatkan penglibatan pelbagai agensi di bawah MOT telah dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lesen pengendali dan semua kenderaan milik dua syarikat yang terbabit dalam nahas bas pada 12 dan 13 Mei lalu digantung berkuatkuasa 12 Jun depan.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan (MoT) berkata, siasatan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati kesemua syarikat tidak mematuhi keperluan syarat berkanun lesen yang telah ditetapkan. 

Menurut beliau, SPAD melalui Jawatankuasa Pembatalan dan Penggantungan Lesen (JPPL) sehubungan itu memutuskan untuk menggantung lesen Syarikat S.V. Juta Sdn. Bhd selama 58 hari.

“Lesen syarikat berkenaan digantung kerana gagal mematuhi syarat berkanun lesen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], melakukan kesalahan berulang dan pemanduan secara berbahaya.

“Syarikat Kejora Masyhur Sdn. Bhd pula digantung selama 37 hari kerana gagal mematuhi syarat lesen iaitu keperluan keselamatan seperti disenaraikan di bawah Pemeriksaan dan Audit Keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan 12 kereta di Kilometer (km) 256.8 arah utara, laluan Terowong Menora ke Kuala Kangsar di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada 12 Mei lalu menyebabkan seorang lelaki berusia 54 tahun tersepit di dalam kenderaannya.

Insiden kedua pada 13 Mei pula melibatkan 14 penumpang bas ekspres yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh sebuah treler, menyebabkan ia mengundur sejauh 700 meter di laluan mendaki di Kilometer 257.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. 

Tegas jurucakap itu, kedua-dua syarikat berkenaan turut mempunyai rekod saman lampau.

Jelasnya, sebarang transaksi berhubung dengan Lesen Pengendali bagi kedua-dua syarikat berkenaan tidak akan dibenarkan sepanjang tempoh penggantungan.

“Ia bagi memastikan aspek keselamatan pengguna sentiasa diutamakan dan kementerian akan mengarahkan semua agensi di bawahnya untuk menjalankan pemeriksaan audit pematuhan serta keselamatan ke atas pengendali yang berisiko tinggi. 

“Kementerian berharap tindakan yang dikenakan ke atas kedua syarikat itu menjadi pengajaran dan peringatan kepada pengendali lain untuk sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan semasa beroperasi, terutama perkara yang melibatkan hal keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, MoT mengulangi komitmen untuk tidak berkompromi dengan sebarang kesalahan melibatkan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya, yang mampu mengancam keselamatan pengguna jalan raya. 

“Siasatan yang melibatkan penglibatan pelbagai agensi di bawah MOT telah dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian, seterusnya memastikan insiden seumpama ini dapat dielakkan daripada berulang,” katanya. - Getaran, 29 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari