web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 3:59PM

Antara iklan BJAK yang kerap disiarkan di media sosial - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK Sdn. Bhd. (BJAK) untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

Jurucakap JPJ berkata, pengoperasian yang dilakukan oleh pihak BJAK berkaitan urus niaga pembaharuan cukai jalan dibuat tanpa kebenaran jabatan itu. 

Menurut beliau, BJAK menerusi laman sesawang juga dikesan membuat kenyataan yang tidak benar dan mengelirukan orang awam.

“JPJ memandang serius kandungan iklan yang dikeluarkan BJAK melalui media sosial berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian.

"Kenyataan dipaparkan di laman sesawang bahawa ‘pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ' adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam,” katanya.

Tegas jurucakap itu, JPJ juga menerima beberapa aduan melibatkan tempoh sah laku cukai jalan yang tidak dikemaskini, selepas pelanggan memperbaharui dokumen tersebut di laman sesawang BJAK.

“Tiada integrasi sistem antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK.

“Jabatan ini juga telah menerima aduan ketidakpuasan hati orang awam yang perlu membayar caj tambahan ketika memperbaharui cukai jalan yang dikenakan oleh BJAK,” katanya.

Beliau menarik perhatian, MOT dan JPJ tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang dikenakan BJAK kepada pelanggan mereka ketika ini. 

“Sebarang urus niaga memperbaharui cukai jalan seharusnya hanya dilakukan melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ (Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM). 

“Orang ramai adalah dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan mana-mana platform yang menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan yang tidak sah bagi mengelakkan sebarang penipuan dan kerugian.

“Mereka juga dinasihatkan supaya merujuk atau menghubungi pihak JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut,” katanya.

Jelas jurucakap itu, JPJ sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam, terutamanya pelanggan JPJ sentiasa terpelihara.

“Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ di pautan https://ipj.spab.gov.my/,” katanya. - Getaran, 6 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

3

Semasa 5 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

4

Semasa 6 bulan yang lalu

JPJ Perkenal E-Testing Bermula April - Anthony Loke

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka