web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPJ Perkenal E-Testing Bermula April - Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Mar 2024 3:59PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU LANGAT - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan memperkenalkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) bermula April ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaksanaan sistem itu akan membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan, manakala prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera.

"Keputusan akan dijana secara masa nyata, sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian," katanya selepas lawatan kerja ke institut memandu di sini sempena pelaksanaan inisatif eTesting.

Pembangunan sistem eTesting diumumkan pada 2022 dan JPJ sebelum ini telah mula menguji sistem berkenaan dalam projek fasa perintis di beberapa institut memandu.

Loke berkata, buat masa ini calon-calon ujian memandu diberi pilihan untuk sama ada menjalani ujian biasa atau eTesting sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada 2030. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

3

Semasa 4 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

4

Semasa 5 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia