web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 8:14AM

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan memeriksa kenderaan pada Operasi Khas sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di hadapan Institut Memandu Sri Perak, Meru Raya, Ipoh, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) menerusi pelaksanaan Operasi Khas sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April lalu.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 95 peratus memandu dalam kelajuan antara 130 km/jam hingga 170 km/jam, manakala lima peratus lagi dikesan memandu melebihi 170 km/jam.

"Pemandu perlu lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan mengawal had kelajuan kenderaan yang bergerak pada kelajuan ditetapkan.

"Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan kadar kemalangan dan kematian harian dalam tempoh musim perayaan," katanya kepada pemberita pada Operasi Bersepadu Motosikal HRA 2024 di Meru Raya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Lokman berkata, pihaknya mengeluarkan 26, 313 notis pelbagai kesalahan kerana kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya menerusi Ops Khas Motosikal bagi tempoh 1 hingga 6 April.

Menurutnya, sejumlah 1,464 motosikal turut disita atas kesalahan ekstrem semasa operasi berkenaan dilaksanakan di seluruh negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

2

Semasa 4 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Semasa 6 bulan yang lalu

JPJ Perkenal E-Testing Bermula April - Anthony Loke

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Disangka Lenyap Rupanya Tidak, 'Lesen Terbang' Kembali Beroperasi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang