web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Disangka Lenyap Rupanya Tidak, 'Lesen Terbang' Kembali Beroperasi

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 4:30PM

Penjualan 'lesen terbang' dikesan kembali rancak menerusi iklan yang dimuat naik di media sosial - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Senyap seketika, tapi rupanya masih beroperasi.

Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan sindiket ‘lesen terbang’ yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu.

Semudah ABC, pembeli hanya diminta memberi sekeping gambar berukuran pasport dan menyertakan butiran ringkas seperti nombor kad pengenalan, nama penuh, nombor telefon, alamat dan kelas lesen yang dikehendaki.

Tidak perlu mengikuti kelas memandu atau menduduki ujian, pembeli boleh memiliki lesen dihajati dengan hanya membayar sejumlah wang mengikut kategori pilihan masing-masing.

Kali ini menggunakan khidmat orang perseorangan yang mungkin memainkan peranan sebagai ejen, iklan mengenai penjualan lesen ini dikesan mula bertebaran di media sosial.

Menyenaraikan segala jenis lesen termasuk kenderaan barangan (GDL), ejen mengambil langkah bijak apabila hanya membuat promosi di kumpulan tertutup di Facebook.

Ini membuatkan kegiatan licik mereka sukar dikesan, kerana ia hanya boleh diakses oleh ahli kumpulan.

Wartawan Getaran yang menyamar sebagai pembeli diberitahu, lesen dikeluarkan adalah sah mengikut sistem dan piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tangkap layar perbualan wartawan Getaran dengan penjual 'lesen terbang'
Tangkap layar perbualan wartawan Getaran dengan penjual 'lesen terbang'

Dakwa ejen, pembeli boleh memperbaharui lesen berkenaan seperti biasa di mana-mana premis dibenarkan, jika dokumen terbabit telah tamat tempoh.

“Lesen sah original JPJ boleh renew macam biasa n on sistem,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Ini sekali gus menimbulkan persoalan, apakah wujud dalang dalam pasukan penguatkuasa, yang mengambil tanggungjawab meluluskan semua ‘permohonan’ terbabit. 

Lebih membimbangkan, lesen memandu terbabit juga boleh ‘dibeli’ oleh rakyat asing tanpa sebarang halangan.

Mereka hanya perlu mengganti butiran kad pengenalan kepada butiran pasport, bagi membolehkan urusan pendaftaran lesen dilakukan.

Senario ini sedikit sebanyak menjadi ‘jawapan’ kepada kekerapan kemalangan yang berlaku mengakibatkan kenderaan berat, kerana sebahagian besar nahas melibatkan pemandu warga asing.

Wartawan Getaran sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut, sama ada penjualan lesen berkenaan benar-benar wujud atau ia hanya cubaan scammer untuk memperdaya mangsa. - Getaran, 21 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

2

Semasa 4 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Semasa 5 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

4

Semasa 6 bulan yang lalu

JPJ Perkenal E-Testing Bermula April - Anthony Loke

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi