web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 8:02AM

Semua kapal yang berurusan dengan lebih daripada satu pelabuhan tempatan perlu memiliki DSL yang sah berkuatkuasa esok - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh 72 jam untuk proses kelulusan bagi semua prosedur di bawah Dasar Kabotaj disifatkan sebagai khabar buruk buat semua syarikat perkapalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy berkata, tempoh diperuntukkan itu akan mendatangkan kerugian yang signifikan dalam sektor terlibat.

Menurut beliau, pemilik kargo sering membuat perubahan pada saat akhir, justeru tempoh 72 jam tersebut seharusnya dipendekkan kepada hanya 24 jam.

“Dengan keadaan pemilik kargo yang sering membuat perubahan pada saat akhir, 72 jam itu terlalu panjang. Tempoh 24 jam lebih munasabah, mengambil kira nature of business syarikat perkapalan dan operasi pemilik kargo,” katanya kepada Getaran.

Jeyenderan Ramasamy - Gambar fail
Jeyenderan Ramasamy - Gambar fail

Jelas Jeyenderan, peraturan baharu ditetapkan Kementerian Pengangkutan yang mewajibkan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) walaupun hanya untuk proses pemindahan di pelabuhan tempatan membuatkan keadaan bertambah sukar.

“Peraturan baharu menetapkan semua kapal yang berurusan dengan lebih daripada satu pelabuhan tempatan perlu memohon DSL.

“Ini semua membuatkan keadaan menjadi bertambah rumit, justeru tempoh 72 jam yang ditetapkan MOT tidak boleh diterima. Kami amat berharap ia dipertimbangkan semula,” katanya.

MOT menerusi kenyataan 29 Mei lalu mengumumkan, semua kapal yang berurusan dengan lebih daripada satu pelabuhan tempatan perlu memiliki DSL yang sah berkuatkuasa esok.

Kementerian juga menarik semula Pengecualian Kapal Kargo untuk Malaysia Timur, bagi mana-mana perjalanan dua hala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak. 

Penarikan semula pengecualian itu turut berkuatkuasa esok.

Ia sejajar dengan usaha MOT untuk memperkemaskan operasi maritim negara, dan pada masa sama memastikan standard ditetapkan sentiasa dipatuhi. - Getaran, 31 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Loke Kongsi Video Papar Komitmen MOT Perkasa Pengangkutan Awam

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarik Lebih Ramai Pemandu, MOT Tambah Baik Faedah, Kebajikan - Loke

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Satu Aerotrain KLIA Dijangka Beroperasi Tahun Depan - Loke

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka