web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Satu Aerotrain KLIA Dijangka Beroperasi Tahun Depan - Loke

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 4:36PM

Anthony Loke berkata kementerian telah mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memastikan kerja-kerja menaik taraf sistem serta membina aerotrain yang baharu itu siap mengikut jadual atau lebih awal - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Satu daripada dua perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijangka beroperasi tahun depan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementerian telah mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memastikan kerja-kerja menaik taraf sistem serta membina aerotrain yang baharu itu siap mengikut jadual atau lebih awal.

“Tren ini mengalami ‘end of life’, sudah berkhidmat 25 tahun. Keputusan untuk menggantikan tren ini sepatutnya dilaksanakan lebih awal, namun atas kelewatan membuat keputusan tersebut menyebabkan kita terpaksa hentikan perkhidmatannya.

“Perkara ini kita tahu memang memberi imej buruk kepada negara kerana ia merupakan pintu masuk negara dan saya telah memberi tekanan kepada MAHB supaya ia dilaksanakan mengikut jadual dan mesti diawalkan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat Hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung langkah kerajaan dalam mengatasi masalah perkhidmatan aerotrain di KLIA yang memberi impak terhadap proses ketibaan pelancong.

Loke berkata projek aerotrain berkenaan bukan di bawah tanggungan Kementerian Pengangkutan tetapi dibiayai oleh MAHB, namun kelemahan yang berlaku perlu diperbaiki segera demi mengelakkan impak negatif kepada perkhidmatan pengangkutan awam di pintu masuk negara itu.

Menjawab soalan asal Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung pelan membaik pulih sistem transit aliran ringan (LRT) di Lembah Klang yang kerap mengalami kerosakan, Loke berkata beberapa langkah sedang dilaksanakan Prasarana Malaysia Berhad dan Rapid Rail bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

“Bagi LRT Laluan Ampang, kerja-kerja overhaul dijalankan terhadap sistem komponen tren melibatkan kesemua 50 tren sejak Oktober 2022 dan dijangka siap Disember 2027, manakala laluan Kelana Jaya, pembelian 19 set tren empat gerabak baru (KLAV27) akan diterima secara berperingkat bermula Ogos ini.

“Bagi laluan monorel, usaha menyiapkan dua tren monorel baharu (RSV31 dan RSV32) dan membaik pulih sebuah tren monorel (RSV24) yang dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2025,” katanya.

Selain itu, Loke berkata penggantian roda tren bagi laluan Kajang yang melibatkan semua 58 tren dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2025.

Beliau turut mengingatkan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam supaya mengamalkan budaya penyelenggaraan mengikut jadual dan bukan hanya dibuat apabila tren mengalami masalah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

2 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

4

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi