web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarik Lebih Ramai Pemandu, MOT Tambah Baik Faedah, Kebajikan - Loke

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 8:58AM

Anthony Loke

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG -- Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menambah baik kebajikan dan faedah pemandu bas dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang menyertai bidang itu, kata Menterinya Anthony Loke.

Loke berkata ia juga adalah untuk memastikan terdapat pemandu bas yang mencukupi di pasaran.

“Selain itu, Prasarana akan mengadakan jerayawara untuk merekrut lebih ramai pemandu bas dan kami berharap lebih ramai akan tampil untuk mendapatkan pekerjaan ini,” katanya kepada pemberita selepas dijemput sebagai ahli panel dalam forum “Kestabilan Politik dalam Parlimen Tergantung” di Universiti Sunway di sini, semalam.

Loke berkata demikian mengulas laporan media baru-baru ini berhubung Kesatuan Pekerja Pengangkutan menggesa kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan pemandu bas di negara ini dengan mengatasi masalah seperti kos operasi yang tinggi, hasil yang rendah dan persaingan sengit menyukarkan pengusaha bas untuk menggaji pemandu.

Berhubung keputusan kerajaan untuk menggubal dasar membasmi budaya Ali Baba yang mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi, Loke berkata terdapat pendekatan dan dasar yang perlu dirangka.

Beliau berkata ia perlu bagi memastikan sumber dan peruntukan kerajaan yang digunakan untuk tujuan itu dibelanjakan dengan baik dan nilainya dimanfaatkan sepenuhnya. 

“Itu yang berlegar dalam fikiran kami, dan agenda paling penting untuk mematahkan elemen rent-seeking (dan pada masa sama) memastikan nilai untuk wang, sesuatu yang kami mahu laksanakan bagi memastikan peruntukan sumber yang lebih baik,” katanya. 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata kerajaan sedang dalam tindakan merangka Dasar Anti-Ali Baba (rent-seeking) yang mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi.

Anwar berkata anggaran kerugian mencecah sekitar satu peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan melibatkan aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota serta pemberian subsidi dan geran. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

2 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Dasar Kabotaj: 72 Jam Untuk Proses Kelulusan Tak Masuk Akal - Jeyenderan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi