web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PDRM Siasat Kumpulan Penuntut Dakwa Waris Kesultanan Sulu 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 6:15PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terhadap tuntutan dibuat sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis menerima laporan berhubung tuntutan berkenaan daripada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Menurut beliau, tuntutan kumpulan tersebut diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019.

“Laporan dibuat susulan tuntutan oleh kumpulan tersebut melalui notis timbang tara yang diserahkan kepada kerajaan pada 30 Julai 2019, melibatkan anggaran melebihi AS$32 bilion (RM147.25 bilion).

“Tuntutan tersebut merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani menegaskan, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 124(K) Kanun Keseksaan atas kesalahan sabotaj.

“Polis memandang serius terhadap sebarang elemen yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya perbuatan sabotaj terhadap keselamatan, kedaulatan dan kestabilan negara.

"PDRM memberi jaminan siasat terperinci berhubung perkara itu akan dilaksanakan," katanya.

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail
Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Terdahulu, Khairul Dzaimee telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada 26 Mei lalu terhadap sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu.

Jurucakap Sekretariat Khas JPM berkata, laporan tersebut dibuat susulan tuntutan difailkan kumpulan individu berkenaan melalui Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019.

Kenyataan itu menyebut, rentetan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kumpulan Royal Sulu Force (RSF) sebagai entiti pengganas.

Seorang daripada penuntut, Fuad A. Kiram juga diklasifikasikan sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAATFUAA) pada 6 April lalu.

Menurut kenyataan itu, laporan polis tersebut dibuat selepas mengambil kira kewujudan elemen sabotaj ke atas ekonomi dan ancaman kepada keselamatan negara, melalui tindakan agresif semua individu berkenaan yang dipercayai bersubahat dengan menyalahguna proses timbang tara antarabangsa. - Getaran, 30 Mei 2023.

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 17 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Semasa 18 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar